EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Telalu Gemuruh, Kendall Jenner Elak Bertemu Brad Pitt

0 month ago, 12-Sep-2019

Gambar: thenews.com.pk

Supermodel Kendall Jenner yang juga adik kepada personaliti terkenal dunia Kim Kardashian, resah dan gemuruh untuk bertentang mata dengan idolanya iaitu pelakon Brad Pitt ketika menghadiri program Kanye Wests Sunday Serviceyang berlangsung baru-baru ini.

Laporan Hollywoodlife.com berkata, model sensasi itu difahamkan terkejut melihat idolanya hadir ke program berkenaan sehingga memaksa dirinya bergegas meninggalkan acara tersebut terlebih awal.

Menurut Kendall, idolanya itu sudah beberapa kali menghadiri acara berkenaan namun beliau dikatakan terlepas peluang untuk bertemu bekas suami Angelina Jolie itu disebabkan terlalu gemuruh.

Brad berada di situ. Saya rasa, dia sudah beberapa kali datang di program itu tapi ini kali pertama kami berada di tempat dan waktu yang sama.

Dan, saya terus meninggalkan acara itu sebaik saja tahu Brad ada, katanya semasa ditemubual dalam sebuah program bual bicara.

Gambar: fashiongonerogue.com

Untuk rekod, Kendall merupakan model dengan bayaran tertinggi di dunia pada tahun 2018 dengan jumlah pendapatan sebanyak USD22 juta sekaligus mengalahkan rekod Gisele Bndchen.

Selain melibatkan diri dengan kempen dan mengikat kontrak bersama jenama terkemuka dunia, Kendall juga mengusahakan jenama pakaian Kendall + Kylie bersama adiknya Kylie Jenner.

Malah, beliau berjaya meraih takhta model dengan bayaran tertinggi melalui hasil pendapatan daripada rancangan realiti bersama keluarganya iaitu Keeping Up With The Kardashians yang kini memasuki musim ke 17.


SUMBER : eh.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com