EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Teknologi Memaksa VS Dosa Terpaksa

0 month ago, 15-Sep-2020

Kecerdasan teknologi hari ini jauh berbeza berbanding dahulu, dahulu kita mampu on off tv, radio, mp3 dll. Termasuklah ketika datang HP, kitalah yang membuat pilihan untuk buka atau tidak, untuk guna atau tidak. Tapi tidak dengan teknologi hari ini.

Ketika datang FB, Whatsapp, berapa ramai yang mampu tutup akaun ini dari kehidupan mereka?cuba tekad dalam diri untuk tidak berwasap atau berfb 1 minggu, ramai yang telah cuba dan kesemuanya  telah gagal. Termasuk anda.

Dulu tak suka tv radio kita boleh tutup, cabut wayar atau pecahkan screen , tapi tidak dengan teknologi hari ini. Kita cuba dengan tekad yang sangat kuat untuk tidak berwasap 1 minggu, tak sampai 3 hari kita mengalah lalu membukanya kembali. Ini realiti!! 

Bahkan Generasi Z sudah hilang pertimbangan. Tidak mampu lagi kita membuat keputusan untuknya. Lihat anak kecil bila tidak diberikan Handphone, anda sudah tidak boleh melakukan aktiviti harian dek kerana amukkannya yang tidak henti, merekalah Generasi Z. Lahir2 dalam era Teknologi Memaksa.

Namun paksaan ini masih terhad, teknologi ini tidak memaksa content apa yang akan dilihat menerusi aplikasi yang kita guna. Mereka datang untuk memermudahkan kita. Dalam bahasa teknologi dipanggil "Cognitive Computing". 

Kita install whatsapp, isinya kosong! kita yang memilih group dan friend. Kita install FB, juga isinya kosong! kita yang memilih apa yang ingin lihat dan ditonton. Kemudian Algo menyusunka content berdasarkan apa yang kita cari & minati. Ini TEKNOLOGI TERPAKSA. 

Namun Tik Tok membangunkan Algo baru yang sangat luar biasa melalui Artificial Intelligence (AI). Formula TEKNOLOGI TERPAKSA ini digunapakai, ditukar kepada konsep CONTENT TERPAKSA yang saya istilahkan sebagai Dosa Terpaksa. 

Algo ini menjadi sangat mahal dan digeruni oleh pakar2 pembangun aplikasi termasuk dari FB & Youtube kerana bisa mengalahkan mereka. Walaupun mungkin hakikat mereka pun 2x5, jika diperoleh "behind code" algo ini, mungkin mereka juga akan guna untuk kepentingan mereka. 

Konsep DOSA TERPAKSA ini digunakan pada tetingkap "For You" di Tik Tok. Kita boleh memilih, tetapi ada yang mereka tolong pilihkan. AI yang dibina telah mengkaji jutaan otak manusia, mereka menukar2 content sehingga boleh memikat kita. Terkadang keluar video al-quran, kemudian keluar wanita bertelanjang. Kita video tadi, lalu keluar pula wanita "body tegang".

Inilah AI versi Tik Tok, robot pintar yang dibangunkan untuk mengubah selera manusia. FB & Youtube juga punyai AI, tapi ia berdasarkan apa yang kita cari & minat. AI Tik Tok berbeza, mereka yang mencari minat untuk kita lalu memaksanya. Sehingga agamawan juga terpaksa.

Bayangkan jika FORMULA TEKNOLOGI terpaksa ini berjaya diaplikasikan sepenuhnya pada satu masa untuk melaksanakan konsep DOSA TERPAKSA.  Maka dunia sudah tak punya apa, manusia sudah tidak boleh memilih untuk meninggalkan dosa, ianya DIPAKSA.  Seperti FB & Wasap yang tiada kekuatan untuk kita melupakannya.

Inilah zaman yang ditakuti dan bakal terjadi, nabi memperingatkan bahawa antara tanda kiamat itu datangnya orang berzina secara terang-terangan, dan tiada siapa menegurnya.

Kita mohon dilindungi dari zaman ini.  Terkadang saya juga buntu dalam apakah jalan keluarnya? bagaikan tiada. Algo yang jahat ini dibangunkan dengan nilai berbillion usd, bukan modalnya sejuta dua. 

Kepintaran Teknologi memudahkan kita, namun Robot Pintar (AI) ini membuat keputusan untuk mengubah nilai kehidupan kita dengan Algonya. 

Pilihan saya adalah menjauhkan diri darinya, melarang manusia menujunya. Melainkan algo tadi berubah sifatnya. Ingatlah tugas Da'ei ada dua, Amar Makruf & Nahi Mungkar. 

Hari ni para Da'ei senang dengan Amar Makruf, tapi ramai mendiamkan diri dengan Nahi Mungkar.

: FB Abdul Hadi Jusoh




SUMBER : 1media.my

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...