EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Teknik Face-Slapping Bagus Untuk Kecilkan Pori Dan Penuaan?

0 month ago, 06-Apr-2021

Cuba tanya mana-mana wanita, tak ada sesiapa pun yang tak mahu nampak cantik dan kekal muda setiap masa, betul tak?

Kali ini, Wanista nak kongsi dengan kamu mengenai satu teknik kecantikan Thai yang boleh kecilkan pori dan hilangkan tanda penuaan. Dengar macam best bukan?

Kalau kamu nak tahu, ia adalah teknik face-slapping atau dikenali sebagai tampar muka yang digunakan dalam kebanyakan industri kecantikan Thai.

Nak tahu bagaimana tahap keberkesanan teknik face-slapping, baca entri ini sampai habis okay?

Apa Yang Menarik Tentang Teknik Face-Slapping?

Menurut seorang ahli terapi Thai di California, Gam Pukkalanun mengatakan teknik ini bertujuan untuk merehatkan otot dan membuka garisan tenaga di wajah.

Berdasarkan sastera urutan Thai, tubuh badan kita mempunyai garisan tenaga yang dikenali sebagai sen. Selain di badan, sen ini juga ada di bahagian wajah.

Kombinasi tepukan lembut dan beberapa tamparan yang sedikit menyakitkan boleh berikan hasil yang lebih baik pada wajah sehingga 6 bulan.

Hasil melakukan tenik face-slapping ini, wajah kamu akan menjadi lebih plump, pori makin mengecil, penampakan kedutan dan penuaan makin hilang dan membuatkan peredaran darah menjadi lebih baik.

Selain itu, teknik ini juga mengaktifkan otot-otot di wajah dan menghasilkan kulit yang lebih lembut disebabkan oleh berlakunya perangsangan pengeluaran kolagen.

Foto The Home Star Cha-am

Sebab itulah sesiapa sahaja yang melakukan teknik face-slapping ini, wajah mereka akan menjadi lebih berseri-seri dan kulit menjadi lebih halus dan cantik.

Malah teknik ini juga memudahkan kulit kamu menyerap pelembap, serum dan face oil dengan lebih berkesan dan efektif.

Kebaikan Face-Slapping Pada Individu

Selain dapat mengecilkan pori dan menghilangkan beberapa tanda penuaan, teknik face-slapping ini ada beberapa kebaikan lain seperti:

IKLAN

  • Kulit menjadi lebih sihat

Foto Girl Talk HQ

Yang bagusnya melakukan teknik ini adalah ia membuatkan kulit wajah menjadi lebih sihat tanpa perlu melakukan sebarang pembedahan atau lift ups. Pada masa yang sama kamu boleh lihat kulit kamu berubah menjadi lebih bersih.

  • Menenangkan otot wajah

Walaupun nampak seperti menyakitkan tetapi sebenarnya teknik ini tidak menyakitkan dan hanya rasa seperti semut menggigit sahaja.

Foto Meridian Fitness

Teknik tamparan wajah ini sangat membantu dalam menenangkan otot wajah kamu. Malah ia memberikan kesan yang optimum yang membantu wajah melawan tanda-tanda penuaan.

  • Muka lebih kecil dan slimmer

Nampak muka makin membulat seperti membengkak? Lakukan teknik face-slapping ini untuk wajah kelihatan lebih kecil dan slimmer.

Foto Healthy Magazine

Jika kamu lakukan secara berkala, teknik ini boleh membantu menghasilkan impak dan berikan kesan yang efektif dalam menghilangkan lemak wajah dengan lebih cepat.

  • Berlaku peningkatan dalam peredaran darah

Bagus dilakukan secara berkala, teknik ini boleh tingkatkan peredaran darah pada bahagian wajah.

Foto Haute Living

Apabila berlaku peningkatan peredaran darah, kulit wajah kamu akan kelihatan lebih muda, sihat dan glowing disebabkan oleh pembuangan toksin dan beberapa bahagian kulit yang bermasalah.

Untuk pengetahuan kamu, bagi individu yang memiliki kulit sensitif atau rosacea, teknik face-slapping ini tidak sesuai untuk dilakukan.

Malah kamu hanya perlu menggunakan beberapa alatan urutan wajah yang lembut sahaja supaya kulit tidak merengsa dan terluka.

Selamat mencuba ?

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...