EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Teknik Meracun Pokok Buah Elak Serangga Perosak Tanpa Beli Racun. 2 Minggu Dah Nampak Hasil

0 month ago, 25-Jan-2023

Bila tanam pokok sayur atau buah memang tak dapat lari dari serangan serangga perosak yang kehadirannya akan menjejaskan tanaman dan hasil. Cara mudah untuk mengatasinya adalah guna saja racun serangga.

Tapi ramai juga yang rasa tak selamat menggunakan cara ini. Selain itu harga racun pun agak mahal. Bagi yang dalam kategori ini mungkin boleh guna alternatif yang disarankan oleh Nur Amirul Nur Azmi. Caranya hanya guna asap.

Cara meracun tanpa beli racun

Nak meracun tapi tak lalu nak beli racun sebab mahal. Pakai asap saja, kurang sikit kebergantungan terhadap racun kimia.

Saya nak share berkenaan asap yang dihasilkan melalui pembakaran kayu, sabut atau lain-lain. Memerun atau mengasap di dalam kebun sangat banyak manfaatnya selain abu hasil pembakarang yang boleh dibuat baja.

Asap juga membantu pokok untuk mendapatkan sumber karbon untuk dijadikan fotosintesis. Selain dari itu asap yang terhasil dari pembakaran tersebut juga berupaya menghalau serangga perosak, nyamuk dan pacat dan lain.

Nak tahu berkesan atau tak cuba bakar tunggul kayu dan biarkan ia terbakar perlahan-lahan untuk dijadikan asap (ibarat colok). Hasilnya boleh nampak selepas 2 minggu. Tak perlu asap berkepuk-kepuk macam pembakaran terbuka tu. Nipis aje dah cukup.

Ini adalah cara yg dibuat oleh arwah atuk dan opah saya serta diteruskan oleh sedara mara sehingga kini. Alhamdulillah. Buah durian, langsat, manggis dan buah kayu yang lain jarang sangt rosak akibat ulat dan sebagainya. Selamat mencuba ya.

: Nur Amirul Nur Azmi

Teknik Meracun Pokok Buah Elak Serangga Perosak Tanpa Beli Racun. 2 Minggu Dah Nampak Hasil Vanilla Kismis.




SUMBER : vanillakismis.my