EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tekad Benam Vietnam, Tan Cheng Hoe Yakin Pengalaman De Paula Mampu Bantu Pasukan

0 month ago, 08-Jun-2021

Sejak dilantik selaku Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe belum pernah merekodkan kemenangan menentang Vietnam yang dikendalikan oleh jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-seo.

Mereka bertemu sebanyak tiga kali pada 2018 di pertandingan Piala AFF Suzuki. Tewas 2-0 dalam aksi peringat kumpulan, kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi di perlawanan akhir yang diadakan secara timbal balik.

Walaupun berjaya mengikat skuad Naga Emas 2-2 di Bukit Jalil, Tan Cheng Hoe terpaksa menerima hakikat Vietnam berada di dalam kelas tersendiri apabila tewas 1-0 dalam perlawanan timbal balik di tempat lawan. Kekalahan itu sekaligus bermakna pasukan negara mengakhiri kejohanan bola sepak Asia Tenggara sebagai naib juara di belakang skuad kendalian Park Hang-seo.

Sesi Latihan Pagi Skuad Harimau Malaya | Sabtu, 5 Jun 2021

Skuad Harimau Malaya memulakan sesi pagi tadi dengan 'Enchance Performance Exercise' di hotel penginapan pasukan di Dubai, UAE.

Baca penuh & lagi gambar di https://t.co/MUPn9TTSNJ#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/eMBVClVY8A

FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 5, 2021

Kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Oktober tahun lalu. Walaupun momentum pada ketika itu bersama pasukan negara, sekali lagi taktikal dan kepintaran jurulatih dari Korea Selatan itu berjaya mengatasi skuad Harimau Malaya.

Pertemuan pada 11 Jun hadapan adalah pertemuan kali kelima melibatkan kedua-dua jurulatih dan pasukan sejak 2018. Dan perlawanan kali ini disifatkan amat penting buat kedua-dua pasukan demi survival untuk mara ke pusingan seterusnya di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Walaupun mengakui ianya sukar, Tan Cheng Hoe menyedari hanya kemenangan boleh mengembalikan maruah pasukan negara selepas diratah UAE 4-0 sebelum ini. Kemenangan ke atas Vietnam juga pasti akan mengembalikan sokongan dan kepercayaan peminat dan penyokong bola sepak negara di tanah air.

Kedudukan #AsianQualifiers

Kumpulan G
(Selepas Hari Perlawanan 8)

UAE ???????? 3-1 ???????? THAILAND
VIETNAM ???????? 4-0 ???????? INDONESIA

* Seterusnya Hari Perlawanan 9 pada Jumaat, 11 Jun 2021:

MALAYSIA ???????? lwn ???????? VIETNAM
INDONESIA ???????? lwn ???????? UAE#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/rPZy2627uZ

FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 7, 2021

Bagaimanapun beliau enggan barisan pemainnya lalai dalam perlawanan tersebut kerana Vietnam adalah pasukan yang amat bahaya ketika melakukan serangan balas. Dalam perlawanan yang dijangka sengit, Tan Cheng Hoe juga mahukan barisan pemainnya lebih klinikal di hadapan gawang gol.

Memang kita tahu dalam empat perlawanan terakhir, kita tidak mendapat kemenangan menentang Vietnam. Setiap kali kita bertemu dengan Vietnam, kita tidak mendapat banyak peluang menjaringkan gol. Kerana itu kita perlu [memanfaatkan] peluang terbaik setiap kali berada di hadapan gol, ujar pemain itu dalam sidang media bersama wartawan Malaysia pada hari ini.

Jurulatih berasal dari Alor Setar itu juga berharap barisan pemainnya kembali mendapatkan keyakinan dan momentum selepas kekalahan kepada UAE sebelum ini. Apatah lagi setelah pemain-pemain tidak beraksi dalam sebarang perlawanan antarabangsa selama 18 bulan sebelum kempen di Dubai ini.

Mengenai prestasi Guilherme de Paula, Tan Cheng Hoe tetap yakin dengan kemampuan pemain naturalisasi negara itu ketika bertemu Vietnam nanti.

: FAM

Kalau kita lihat, De Paula adalah seorang pemain yang berpengalaman. Bukan sahaja beliau berpengalaman beraksi di negara kita, tetapi beliau juga banyak [berpengalaman] beraksi di luar negara. Dari segi disiplin, keyakinan dan pengalaman beliau [ada], saya merasakan beliau tidak ada banyak masalah berhadapan Vietnam, kata Tan Cheng Hoe.

Kita harap dengan pengalaman tersebut, beliau boleh menggalas [tugas] tersebut untuk menentang Vietnam. Kita juga menaruh harapan bukan sahaja De Paula seorang saja, tetapi juga kesebelasan utama yang diturunkan mampu menghasilkan keputusan positif untuk pasukan juga.

Mengakui kedua-dua pasukan amat mengenali corak permainan masing-masing, Tan Cheng Hoe turut melihat ketiadaan beberapa pemain utama di dalam skuad Vietnam kali ini sebagai peluang untuk pasukan negara merekodkan kemenangan sulung di UAE.

Park Hang-Seo sudah pun tanpa kapten pasukan, Do Hung Dung yang mengalami kecederaan patah kaki pada Mac lalu ketika beraksi bersama kelabnya Hanoi FC. Membuat keadaan semakin parah, skuad Naga Emas terpaksa melupakan lima pemain skuad utama seperti Xuan Truong, Hoang Duc,Van Hau, Van Xuan dan Trong Hoang akibat kecederaan.

Beraksi tanpa penjaga gol utama, Dang Van Lam Vietnam turut akan kehilangan khidmat pemain perancang, Nguyen Quang Hai akibat pergantungan selepas menerima kad kuning dalam perlawanan menentang Indonesia pada malam tadi.

Untuk itu, Tan Cheng Hoe berharap barisan pemainnya mampu menjelmakan kembali prestasi baik seperti yang pernah ditampilkan sebelum ini untuk mendapatkan keputusan positif nanti.

Baca artikel menarik lain mengenai Harimau Malaya:

Kalah Kepada UAE, Pemain-Pemain Kacukan Harimau Malaya Akhirnya Bersuara

Attitude Tidak Betul Antara Punca Harimau Malaya Diratah UAE

Harimau Malaya Hadapi Laluan Sukar Selepas FIFA Sah Akan Tolak Mata



SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...