EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tayangan Program Ini Dihentikan Sementara, Bakal Disiasat Kerana Dkwaan Ianggar SOP

0 month ago, 09-Jun-2021

Sebelum ini, rancangan All Together Now Malaysia telah menjadi buah mulut orang ramai kerana menampilkan 50 orang juri dandidkwa tidak memakai pelitupmuka oleh warganet.

Oleh itu, pihak penerbitan rancangan tersebut telah memutuskan untuk menghentikan sementara program terbabit sehingga siasatan berkaitan dkwaan berlakunya peIanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad rakaman program itu dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Malah, para krew penerbitan sudah menjalankan ujian calitanC0VID-19ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman.

Tambahnya, set yang dibina mengambil kira penjarakan fizikal dan berjarak 1.5 meter antara setiap juri di samping penghadang lutsinar turut diletakkan bagi memisahkan mereka serta rakaman program terbabit juga turut dihadiri wakil agensi-agensi keselamatan.

Untuk pengetahuan anda, program hiburan ini baru sahaja menayangkan episod pertama pada hari Ahad yang lalu dan menggunakan khidmat 50 orang juri berbanding 100 orang dalam format asal. – dipetik dari The V0cket

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...