EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tayang Baju Tidur Seksi, Syatilla Melvin Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia

0 month ago, 09-Jun-2021

Pelakon Syatilla Melvin yang juga isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ada berkongsikan tips rumah tangga bahagia di Instagram miliknya untuk pengetahuan peminat.

Kata usahawan produk kecantikan ini, setiap isteri haruslah mempunyai baju tidur yang ‘menarik’ untuk menggoda suami sebelum tidur.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)

Tambah ibu kepada dua orang anak ini lagi, meskipun perkara tersebut (mempunyai baju tidur seksi) seolah perkara yang remeh untuk difikirkan, namun impaknya sangatlah besar terhadap perhubungan suami isteri.

Malah, Syatilla turut menayang beberapa helai baju tidurnya kepada peminat sebelum menunjukkan lampu biliknya yang dipadam.

Advertisement

“Tips..isteri make sure ada ‘baju menarik’ untuk suami. Tak perlu banyak janji ada.. Kadang kita rasa benda tu terlalu simple untuk difikirkan, tapi teramatlah besar impak kalau kita buat! Percayalah..”

BACA: “Perangai Saya Tak Elok Tapi Dia Tetap Ada..” Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5, Shaheizy Sam Titip Ucapan Istimewa Buat Syatilla Melvin

Meninjau ruangan komen, peminat tampil memberikan reaksi yang berbeza di mana ada yang menyokong pendapat Syatilla dan ada juga yang merasa kurang senang dengan entri media sosial seperti itu.

“Tak perlu kot tunjuk baju-baju macam tu. Memang elok si isteri ada baju macam tu untuk tarik perhatian suami, goda suami sendiri. Tapi kalau tunjuk di sini takut nanti jantan lain pula dok bayangkan macam mana sis pakai..maaf ya, jangan marah.”

Sekadar info, Syatilla dan Shaheizy Sam telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 yang lalu dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Tayang Baju Tidur Seksi, Syatilla Melvin Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...