EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tawaran Gencatan Politik Bukti Keterbukaan Kerajaan - Idris Ahmad

0 month ago, 26-Aug-2021


Tawaran gencatan politik diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini secara tidak langsung memberi peluang kepada kerajaan untuk menumpukan sepenuh perhatian kaedah menangani pandemik COVID-19.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata tawaran kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 menunjukkan sikap keterbukaan kerajaan hari ini.

Tawaran yang diberikan ini menunjukkan bahawasanya sikap keterbukaan yang ada pada Ismail Sabri, yang mana mementingkan soal kepentingan rakyat.

Ini menunjukkan keseriusan yang ada supaya kita sama-sama mengatasi COVID-19 ini, katanya dalam satu kenyataan kepada Harakatdaily hari ini.

Idris berkata kestabilan politik mempunyai kaitan yang rapat untuk memerangi peperangan kesihatan yang ada di negara kita.

Kita mengharapkan supaya soal politiking itu tidak banyak berlaku kerana tumpuan kita biarlah hal itu.

Cukuplah anak cucu kita menyaksikan dalam satu penggal, tiga tahun kita memiliki tiga perdana menteri, katanya.

| PNBBC



SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...