EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

PDRM tawar 50% diskaun bayaran saman secara dalam talian

0 month ago, 25-Mar-2020

Bersempena dengan Hari Polis ke-213, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menawarkan kadar diskaun sebanyak 50% terhadap saman-saman tertentu bermula 25 hingga 29 Mac ini.

Perkara tersebut diuar-uarkan kepada orang ramai menerusi satu kenyataan oleh akaun rasmi Facebook PDRM.

Menurut Datuk Azisman Alias selaku Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, kempen tersebut dilancarkan dan boleh dilakukan secara dalam talian (e-Payment) selama 5 hari.

Difahamkan bahawa kempen tersebut bertujuan untuk menggalakkan orang ramai agar membayar saman secara dalam talian susulan penutupan kaunter saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac lalu.

Ini merupakan langkah JSPT bagi menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan di seluruh negara ketika ini, jelasnya dalam satu kenyataan.

Inisiatif ini diberikan sebagai langkah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat, tambahnya.

Oleh yang berikut, orang ramai bolehlah melayari portal rasmi myEG ataupun Rilekuntuk menjelaskan bayaran saman.

 

PDRM tawar 50% diskaun bayaran saman secara dalam talian Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...