EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PKP: Taska, Tadika dan Tabika dibenarkan beroperasi

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berada di bawah kendalian Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa bermula esok.

Menurut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), pusat asuhan kanak-kanak, Taska, Tabika dan Tadika dibenarkan beroperasi dengan kebenaran kementerian dan agensi berkaitan.

“Ibu bapa yang menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang kanak-kanak mengikut kapasiti penumpang,” katanya hari ini.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan bahawa Tadika swasta di bawah kementeriannya di negeri-negeri PKP dibenarkan beroperasi.

Katanya, ini berikutan terdapat ibu bapa yang bekerja dan memerlukan tempat penjagaan untuk anak-anak mereka.

Bagaimanapun, katanya, Tadika kerajaan masih ditutup di negeri yang dilaksanakan PKP berikutan berkongsi premis dengan bangunan sekolah.-MT

PKP: Taska, Tadika dan Tabika dibenarkan beroperasi Malakat Tribune.





Live Website Traffic


loading...