EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Tarik Perhatian Jejaka Idaman Dengan Cara Ini

0 month ago, 04-Nov-2019

Mudah saja, jadilah wanita sempurna untuk prince charming impian kamu!

Tarik Perhatian Jejaka Idaman Dengan Cara Ini

Foto: Depositphotos

Tampil Menarik

Walaupun pepatah mengatakan dont judge a book by its cover, tapi tanpa penampilan agak sukar untuk menarik perhatian si dia. Kuncinya, selalu tampil fabulous. Mulakan dengan gaya ringkas, chic dan elegan seperti Blake Lively. Jangan bergaya ala primadona pula ya!

Berpengetahuan Luas

Kamu perlu ada pengetahuan tentang sesuatu penting seperti isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling, lokasi percutian yang sedang hangat, makanan unik yang trendy dan sebagainya. Ingat, kebanyakan jejaka sukakan wanita bijak dan berfikiran jauh.

Jaga Tingkah Laku

Kelakuan kamu ibarat magnet untuk menarik perhatian si dia. Kamu mesti tahu jaga tingkah laku, adab di meja makan, dan sebagainya agar dilihat sebagai wanita classy. Ia sangat penting jadi jangan ambil mudah okey.


SUMBER : cosmopolitan.my



Live Website Traffic


loading...