EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dia Tarik Kain Jubah & Tutup Tirai Kereta-Mondy Dakwa Disentuh & Cuba Dikucup

0 month ago, 16-Sep-2023

Menjadi pengantara yang mendedahkan kebenaran tentang seorang ustaz terkenal, akhirnya malam tadi pihak Caprice telah memuat naik kenyataan dan kisah penuh daripada mulut Mondy sendiri. Setelah lama dikecam dengan 1001 macam tohmahan daripada netizen, Mondy menyifatkan kali ini dia berhak mempertahankan dirinya.

Ada kejadian dalam keretaMasa tu adadriver,team di depan, aku & ustaz di belakang (minit 4: 14)

Mengimbau kejadian pertama, wanita punk berusia 21 tahun ini mendakwa ustaz terbabit telah menyentuh tangannya. Katanya, gangguan itu terjadi dalam kereta saat pertama kali dia baru tiba di Malaysia.

 

Ya Allah, beliaukan pandai agama. Kenapa kok tiba-tiba pegang tangan aku? Sedangkan aku bukan mahramnya. Aku terus lepaskan. Tak baik buat begini. Langsung dia bilang Shhhhh sebab ada team di depan. Lampu kereta semua dimatikan

Mondy lakonkan semula adegan gangguan kali pertama

Tiba-tiba jubah ditarikTerkejut aku dongDia tutup semua langsir kerana masih siang (minit 7:22)

Kemudian, mereka bergerak ke sebuah kedai makan di Shah Alam untuk menjamu selera. Sesudah itu, ustaz berkenaan didakwa menyuruh Mondy untuk masuk dahulu ke kereta bagi membincangkan sesuatu. Wanita bertatu ini terkejut kerana tiba-tiba semua tirai kereta ditutup dalam keadaan mereka berdua-duaan dalam kenderaan.

Aku tanya kenapa ditutup ustaz. Dia kata takpe, takpe. Hampir dia nak menyentuhku, datang si driver bertanya ustaz kenapa tutup tirai kereta? Ustaz kata takpe, takpe Mondy silau. Di situ driver pun tertanya-tanya. Itu kejadian kedua

Mondy lakonkan semula adegan gangguan kali kedua

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Itu baru hari pertamaMacam mana hari-hari ke depannyaAku tak tahu apa yang dia bakal lakukan (minit 15:00)

Dalam kejadian ketiga, Mondy juga mendakwa individu berkenaan ada mengusap wajahnya, memuji kecantikan tatu serta percubaan mengucup. Selaku figura yang kerap dipandang mulia di sisi masyarakat, Mondy benar-benar terkejut dengan tindakan ustaz walhal niatnya datang ke Malaysia adalah demi mengubah diri kepada yang lebih baik.

Kejadian ini disifatkan amat menakutkan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidak terlalu lama berada di Malaysia kerana enggan hal lebih teruk berlaku. Namun, mengapa selama ini Mondy hanya mengunci mulut? Mondy berkata dia telah menerima ugutan daripada pihak berkenaan.

 

Kalau kamu datang Malaysia akan ada ancaman. Orang Malaysia akan lempar batu. Kalau jalan-jalan nanti, kamu bakal bertemu dengan orang Malaysia yang tak suka sama kamu. Kamu bakal diapa-apakan

Mondy lakonkan semula adegan gangguan kali ketiga

KREDIT : YouTubeCapriceOriginalFilms& InstagramCapricedaddycap




SUMBER : mulutviral.com