EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tapak letupan dahsyat di Beirut berdepan kebakaran besar

0 month ago, 10-Sep-2020

Beirut: Satu kebakaran besar dilaporkan berlaku di tapak letupan di pelabuhan Beirut.

Berdasarkan rakaman video, kepulan asap hitam dapat dilihat dari jarak jauh di ibu negara Lubnan itu, lapor The Independent.

Ketua Unit Mencari dan Menyelamat, Michel el-Murr berkata, lokasi yang terbakar itu dipercayai kawasan bebas cukai.

Beliau yang berada di lokasi membantu memadamkan kebakaran berkata, pihaknya memerlukan pasukan bantuan untuk memastikan api dapat dikawal dengan lebih pantas.

"Kami tidak tahu apa yang sedang terbakar. Kami sedang mencuba untuk memadamkannya namun ia terlalu besar.

"Kami perlukan campuran air dan buih untuk memadamkan kebakaran ini.

"Kami sudah meminta bantuan tambahan. Kami perlukan pasukan pertahanan awam kerana semua kru jabatan bomba ada di sini," katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...