EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

'Tanpa 2 dos vaksin pun kami dah selamat dine-in, Alhamdulillah Allah bagi mudah' - Bangga langgar SOP, pasangan suami isteri ditahan polis

0 month ago, 24-Aug-2021

'Tanpa 2 dos vaksin pun kami dah selamat dine-in, Alhamdulillah Allah bagi mudah' - Bangga langgar SOP, pasangan suami isteri ditahan polis


Keterujaan berkongsi hasil eksperimen sosial dine-in di kedai makan tanpa dua dos suntikan vaksin di media sosial mengundang padah apabila pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 35 dan 36 tahun ditahan polis. 


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Amar Ramli berkata, pihaknya menerima aduan mengenai perkongsian Mujaheeda Soleha di Facebook yang membuat eksperimen sosial di mana dia, suami dan anak masuk ke beberapa premis walaupun belum mendapat dua dos suntikan vaksin Covid-19. 


Perbuatan pasangan berkenaan telah menimbulkan kebimbangan orang awam dan bertindak di atas aduan itu, polis telah menahan kedua-dua suspek pada jam 5 petang semalam di Bandar Putera 2, Klang untuk disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun keseksaan/Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan/Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.


Pasangan itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil. 


Terdahulu, Mujaheeda dengan bangganya mengatakan mereka sekeluarga dapat makan di kedai tanpa perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi (lengkap dua dos suntikan vaksin) seperti yang dilaporkan media sebelum ini kebanyakan premis menetapkan peraturan baharu itu. 


"Hari tu beberapa hari saya duk buat social experiment, selepas media beritahu yang dua dos suntikan vaksin boleh masuk situ sini. Yang tak ada dua dos boleh mereput kat rumah, kata orang yang selalu tak puas hati dengan antivaksin. 


"Saja nak test, bukan gerai-gerai tepi jalan saja saya pergi. 7 Eleven, Speedmart, Pizza Hut, semua kedai saya masuk. Satu premis pun tak ada yang check saya dua dos ke tidak. Seorang pun tak tanya. Alhamdulillah, Allah bagi mudah. 


"Suami pun ada buat juga social experiment dia sendiri. Dia pergi barber nak gunting rambut tapi kena halau. Dua barber dia pergi, pakat halau sebab tak ada dua dos. Kehkehkeh. Sian my hubby, last dapatlah dia masuk satu barber tu tak tanya apa-apa pun. Masuk, gunting rambut, settle. 


"Barber yang halau orang tu memang tak mahu duit, dah kaya la tu. Barber yang tak tanya apa-apa tu memang betul nak cari duit. So selepas ini kita support barber yang betul-betul cari duit tu je. 


"Dan pagi tadi alang-alang berbasikal sekeluarga, kami buat social experiment lagi. Nak tahu kena halau ke tidak kalau masuk dine-in kat restoran ini sebab tengok ramai je orang duduk dine-in kat situ. 


"So kami masuk dengan selamba, buat muka confident acah-acah complete tiga dos gitu. Duduk, makan minum, blah. Seorang pun tak tanya, tak periksa. Alhamdulillah Allah bagi mudah. 


"So siapa kata tak cucuk dua dos tak boleh dine-in? Tanpa dua dos pun kami dah selamat dine-in pagi tadi. Apa yang mustahil? Tak ada," tulisnya sebelum dia dan suaminya ditahan polis selepas kenyataannya viral di media sosial. 



Di media sosial, ramai netizen yang mengecam pasangan berkenaan yang dianggap riak dan tindakan itu akhirnya memakan diri dan keluarga. 


"Inilah punca-punca kes positif tak menurun. Benak, biut, degil, lepas tu nak salahkan kerajaan," kata Remy. 


"Sembang macam hebat, last-last tutup Facebook terus. Kes tengah meningkat pun masih nak pentingkan diri sendiri. Tak fikir langsung orang sekeliling. Tak payah nak antivaksin sangat lah. Kalau dah kena nanti barulah tahu vaksin tu berguna ke tidak," kata Isabella. 


"PDRM sila kutip orang-orang yang suka bereksperimen macam ni. Memudaratkan orang lain je. Sudahlah tidak menyumbang herd immunity, memudaratkan orang pula tu. Patut orang begini duduk diam-diam dalam rumah je. Ini tidak, bangga pula menunjuk," kata Fatin Amani. 


: Bernama, Harian Metro, Facebook





Live Website Traffic


loading...