EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

UCL Tanpa Haaland, Mbappe Dan Liverpool Jadikan UEL Lebih Meriah Musim Hadapan

0 month ago, 06-Apr-2021

UEFA Champions League sentiasa disifatkan sebagai pertandingan bola sepak peringkat kelab paling elit di eropah. Perlawanan akhir musim 2018/19 misalnya telah menarik seramai 380 juta tontonan dari seluruh dunia. Ini baru satu perlawanan.

Antara yang menjadi daya tarikan pertandingan ini semestinya kerana nama-nama besar di dalam pertandingan tersebut yang secara tradisinya diadakan pada setiap musim.

Daya penarik Champions League

Cristiano Ronaldo misalnya digelar Mr. Champions League kerana rekod-rekod yang dihasilkannya di pertandingan ini. Lima kejuaraan yang pernah diraih oleh pemain ini ketika masih bersama Real Madrid dan Manchester United turut menjadikan Ronaldo sebagai pemain kedua terbanyak pernah bergelar juara eropah dalam sejarah penganjuran.

Penampilan bintang-bintang bola sepak dunia yang lain seperti Neymar dan Messi turut antara yang sentiasa dinanti-nantikan. Kelibat Erling Haaland dan Kylian Mbappe pula dilihat sebagai generasi baharu pemain yang menjadikan pentas Champions League medan beradu kekuatan.

22-year-old Mbappe:
Hat-trick vs. Barcelona

20-year-old Haaland:
Two goals + assist vs. Sevilla

The kids are alright ???? @brfootball pic.twitter.com/7RDSNmd4IU

Bleacher Report (@BleacherReport) February 17, 2021

Tidak terkecuali ialah penampilan Liverpool kelab keramat dunia yang merangkul kejuaraan keenam mereka pada musim 2018/19 yang mencetuskan ratusan ribu lautan merah di Merseyside selepas kepulangan skuad Jurgen Klopp dari perlawanan akhir.

Namun pertandingan Champions League 2021/22 mungkin tidak akan semeriah seperti musim sebelum ini jika perkara-perkara seperti yang kami senaraika di bawah berlaku. Tiada lagi jeritan si selepas lompatan silang tangan dari Ronaldo. Persaingan di antara Haaland dan Mbappe turut berhadapan kemungkinan berubah arena. Manakala tiada lagi penyokong Liverpool dengan bangganya terus berbicara lets talk about six.

Bagaimana semua ini boleh berlaku. Mari kita lihat kepada kemungkinan-kemungkinan seperti yang disenaraikan di bawah.

Juventus dan Ronaldo tenggelam

Inter extend their lead at the top of the Serie A table to 8 points with a game in hand against Milan ???? pic.twitter.com/ELfkDWYr4r

Italian Football TV (@IFTVofficial) April 4, 2021

Cristiano Ronaldo dan Juventus benar-benar di dalam zon bahaya. Mereka ketinggalan 12 mata di belakang Inter Milan dan semakin sukar untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi sembilan kali berturut-turut sebelum ini.

Lebih merisaukan ialah AC Milan dan Atalanta berada di kedudukan yang lebih baik berbanding Juventus. Napoli pula menghidu peluang untuk memintas Juventus apabila kedua-duanya bakal bertemu dalam perlawanan yang tertunda sebelum ini pada Rabu akan datang.

Mbappe & Neymar di Ligue 1

While a big win for @LOSC_EN saw Les Dogues retake the lead, @OM_English kept up their push for Europe while a derby win for @FCLorient will have Merlus fans smiling ????

How did your team do this weekend? pic.twitter.com/jUfLxHjTe4

Ligue1 English (@Ligue1_ENG) April 5, 2021

Situasi Mbappe dan Neymar bersama PSG di Ligue 1 tidak seteruk situasi Ronaldo dan Juventus di Serie A. Namun prestasi kurang konsisten PSG pada musim ini seharusnya tidak dipandang ringan. Kebiasaannya jaguh Ligue 1 ini amat dominan di dalam pertandingan domestik. Namun situasi semasa jelas berbeza.

Lille kini mendahului carta Ligue 1 dengan kelebihan tiga mata ke atas PSG di kedudukan kedua. Monaco kini kembali bersaing dan dipisahkan hanya dengan perbezaan satu mata. Lyon pula mengikuti rapat di belakang dengan perbezaan dua mata. Situasi terburuk, PSG berkemungkinan akan memeriahkan pertandingan Europa League pada musim akan datang.

Haaland: Sebelah kaki sudah tersingkir

The @Bundesliga_EN table after Matchday 27 ????

How are we feeling, Eintracht fans? ????????#SGE pic.twitter.com/wCuBtFLaue

Eintracht Frankfurt (@eintracht_us) April 5, 2021

Tidak hairanlah mengapa Mino Raiola sedang berusaha berhabis-habisan agar perpindahan Erling Haaland pada musim panas nanti berjaya direalisasikan.

Jika kedudukan terkini diambil kira, Borussia Dortmund boleh melupakan sahaja impian untuk beraksi di Champions League pada musim hadapan. Ketinggalan lima mata untuk empat kedudukan teratas, Dortmund perlu bersaing dengan Bayern Munich, RB Leipzig, Wolfsburg dan Eintracht Frankfurt.

Tiada kesinambungan lets talk about six

Buat masa ini penyokong Liverpool perlu menunggu lebih lama kesinambungan kebanggan lets talk about six yang meniti di bibir setiap penyokong setia The Reds.

???????? On this day last year, Liverpool won the European Cup in Madrid.

s talk about six, baby!https://t.co/U6dK5skKOK

This Is Anfield (@thisisanfield) June 1, 2020

Real Madrid akan berhadapan Liverpool di suku akhir Champions League pada minggu ini, dan The Reds kelihatan seperti sudah menemui kembali keyakinan untuk mencipta kemenangan.

Namun dengan hanya 49 mata, Liverpool kini berada di kedudukan ketujuh, tiga mata di belakang West Ham yang menduduki tangga keempat slot terakhir ke Champions League.

Jika keadaan tidak berubah, Liverpool berkemungkinan berhadapan tidak akan beraksi di pertandingan eropah pada musim akan datang. Walau apapun slot ke Europa League masih lagi dalam jangkauan

Penutup

Jendela perpindahan musim panas akan datang pasti menarik perhatian. Neymar, Mohamed Salah, Ronaldo, Mbappe dan Haaland berkemungkinan akan mencari pasukan baharu demi Champions League.

Atau adakah Champions League bakal hilang seringnya dan tumpuan akan terarah ke Europa League selepas ini?

age Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak eropah:

5 Pemain Yang Disingkirkan Selepas Bersengketa Dengan Pep Guardiola

5 Bekas Bintang Liverpool Yang Kita Lupa Pernah Jadi Pegurus Tetapi Tidak Sehebat Gerrard

10 Pemain Terbaik EPL Dari Negara Scandinavia



SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...