www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


#TanjungBungah Bot Nelayan diusahakan warga asing ditahan

0 month ago, 18-May-2019




GEORGETOWN, 17 Mei Sebuah bot nelayan jenis fiber ditahan pada jarak lebih kurang 1.3 batu nautika dari Timur Tanjung Bungah, Pulau Pinang ditahan oleh bot peronda milik Maritim MalaysiaPulau Pinang pada jam 4.43 petang.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, sebuah bot peronda Maritim Malaysia telah melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang dan telah mengesan bot nelayan jenis fiber yang memukat ikan dalam keadaan mencurigakan.


Hasil pemeriksaan mendapati  tekong lelaki warga Thailand berumur 35 tahun dan dua orang kru lelaki warga Thailand berumur 20 dan 25 tahun berada di atas bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8(b) kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru warga asing dan bot tersebut tidak diusahakan sendiri oleh pemilik bot.

Bot berkenaan bersama satu gulung pukat hanyut beserta tekong dan dua kru diiringi ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk siasatan dan tindakan lanjut, katanya.





SUMBER : penangkini.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts