EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ibu Tangmo Tarik Balik Saman, Dapat Hadiah Subang Mutiara Dari Suspek Dan Wang Pampasan 2 Juta Baht

0 month ago, 23-Sep-2022

Sudah hampir 7 bulan sejak kes kematian tragis melibatkan selebriti terkenal Thailand, Pataratida Pachawirapong atau lebih dikenali sebagai Tangmo Nida yang didakwa dibunuh akibat perbuatan khianat di Sungai Chao Phraya.

Bukan saja kes itu menjadi buah mulut penduduk Thailand, malah ia juga mendapat perhatian netizen di Malaysia sehingga ada yang membuat teori sendiri mengenai kes tersebut.

Advertisement
tangmo nida : Google  
google : Google  

Masih kekal misteri, difahamkan juga siasatan polis terhadap enam suspek utama antaranya Kratik dan Robert masih lagi berjalan.

Dan terbaru, ibu kepada mendiang Tangmo iaitu Panida Sirayootyotin dilaporkan sudah menarik balik semula saman yang difailkan terhadap enam suspek itu setelah mencapai kata sepakat dengan pihak defendan.

Lapor media The Thaiger, Panida bakal menerima wang pampasan bernilai 2 juta baht (lebih kurang RM244,097), di mana RM49,000 akan diberikan secara tunai dan baki akan diterima dalam bentuk cek.

Bukan itu sahaja, Panida akan menerima pampasan bulanan bernilai RM3,677 setiap bulan bagi tempoh 20 tahun ataupun sehingga dia mati tanpa sebarang waris.

Malah, salah seorang daripada suspek juga telah menghadiahkan hadiah mewah berupa subang mutiara kepadanya namun nilai barang kemas itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Benon Siti Bainun rumah bonda
1 hari lalu

Ditanya Siapa Buat, Bella Sebut Benon, Panas Dan Tunjuk Isyarat Diikat - Pakar Psikiatri HTA

Ibu Tangmo Tarik Balik Saman, Dapat Hadiah Subang Mutiara Dari Suspek Dan Wang Pampasan 2 Juta Baht first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...