EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tangkap penduduk tanpa alasan, rejim Israel terus jajah Palestin

0 month ago, 10-Sep-2020

TEBING BARAT Tentera rejim pengganas Israel menahan 50 warga Palestin di Tebing Barat yang diduduki termasuk kanak-kanak perempuan dan wanita.

Persatuan Tawanan Palestin (PPS) berkata, tentera negara penjajah itu menyerbu beberapa kawasan pada Isnin dan Selasa, menahan sekurang-kurangnya 40 penduduk Palestin di Hebron, termasuk seorang kanak-kanak perempuan dan seorang wanita tanpa alasan munasabah.

Jurucakap persatuan itu, Amani Sarahneh berkata, kempen penahanan berkenaan adalah yang terbesar di kawasan itu pada tahun ini.

Peningkatan ini adalah satu jenayah, kerana penyebaran pandemik COVID-19 yang berterusan di kalangan banduan, yang mana membahayakan nyawa mereka, kata persatuan itu.

Difahamkan, separuh daripada mereka yang ditahan adalah bekas banduan.

Di bandar Dura, tentera Israel menahan 22 rakyat Palestin termasuk sembilan bekas banduan.

Agensi berita Palestin, Wafa melaporkan, tentera memecah masuk dan menggeledah rumah rakyat Palestin di bandar Hebron, Yatta, Al-Dahriyeh, Bani Naim, kem pelarian Arroub, Beit Ummar, Sair dan Sourif.

Pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Hassan Yousef berkata, lebih daripada 40 anggota kumpulan itu ditangkap dalam serbuan berkenaan.

Beliau menyifatkan tindakan rejim itu sebahagian dari percubaan berterusan oleh penjajahan untuk menghalangi gerakan dari peranannya dalam penentangan terhadap penjajahan.

Tentera Israel sering melakukan kempen penangkapan di seluruh Tebing Barat termasuk di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dengan alasan mencari individu yang dikehendaki.

Menurut PPS, tentera penjajah Israel menahan lebih dari 3,000 rakyat Palestin dari awal tahun ini hingga akhir bulan Ogos. Agensi

www.indahnyaislam.my

-

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

SUMBER : indahnyaislam.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...