EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

TANGGUH NIAT RENTAS NEGERI JIKA BERGEJALA COVID-19

0 month ago, 10-Oct-2021

PUTRAJAYA: Individu yang bergejala COVID-19 dinasihatkan untuk menangguhkan dahulu perjalanan merentas negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa atau merentas negeri juga disaran melakukan ujian COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan.

Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihatkan anda tangguhkanlah dahulu perjalanan.

Sekiranya anda didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera, katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan walaupun tiada lagi sekatan jalan raya untuk mengawal pergerakan rentas negeri, pihak berkuasa tetap meneruskan pemeriksaan secara rawak di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...