www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tangguh projek terowong sehingga SPRM selesai siasat - C4

0 month ago, 17-Apr-2019



KUALA LUMPUR: Pusat Membasmi Rasuah dan Kronisme (C4) hari ini menyeru kerajaan Pulau Pinang menangguhkan projek terowong bawah tanah ditengah-tengah kebimbangan mengenai kontroversi dan misteri yang menyelubungi projek itu.

Ia juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percepatkan siasatannya bagi menyingkap semua kemungkinan salah laku melibatkan projek itu dan kontraktornya.


Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Eksekutif Cynthia Gabriel dan penyelaras wilayah utara, Sudhagaran Stanley menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menghantar mesej yang tegas bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak akan bertolak ansur dengan amalan tidak beretika dan rasuah dan akan berpegang kepada tahap integriti yang tinggi dan tadbir urus yang baik.

Mereka menyeru Chow mengumumkan moratorium ke atas perjanjian kerajaan negeri dengan kontraktor utama projek itu, Consortium Zenith, sehingga SPRM selesaikan siasatan ke atas projek itu dan membersihkan nama Zenith daripada sebarang amalan rasuah.

Mereka juga mahu kerajaan negeri menjalankan audit bebas ke atas keseluruhan konsortium syarikat Zenith dan membasmi percanggahan kepentingan dan potensi rasuah.

Sekiranya SPRM atau audit bebas mendapati Zenith terbabit dalam amalan rasuah, maka kerajaan perlu menguatkuasakan Fasal 14.5 Penamatan Kerana Rasuah mengikut perjanjian awal.

Mereka ambil maklum pada 3 Mac, ahli perniagaan G Gnanaraja didakwa menipu seorang pengarah syarikat sebanyak RM19 juta dengan didakwa berjanji membantu menutup siasatan SPRM terhadap projek terowong itu.

Pada 8 April, dia sekali lagi didakwa dengan 68 tuduhan pengubahan wang.

Pada Januari 2018, dilaporkan SPRM memulakan siasatan jika wang itu digelapkan daripada kajian kebolehlaksanaan yang dianugerahkan untuk projek terowong dasar Pulau Pinang.

Ia juga menyiasat bayaran RM305 juta kepada syarikat yang menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek mega itu.

Beberapa individu ditangkap, pejabat diserbu dan hampir 100 saksi disoal. Terdapat laporan mendakwa sogokan diberi kepada ahli-ahli politik yang penting.

Mengambil maklum projek itu dianugerahkan menerusi permintaan cadangan, yang tidak setelus sistem tender terbuka, mereka berkata pemerolehan sedemikian boleh menimbulkan penipuan atau penyalahgunaan.

Mereka berkata peristiwa-peristiwa baru-baru ini menimbulkan keraguan ke atas keperluan projek itu dan kebolehpercayaan kajian kebolehlaksanaan itu.

C4 menyeru kerajaan Pulau Pinang memastikan ia berurusan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai mekanisme pematuhan anti-rasuah yang kuat.



SUMBER : penangkini.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts