EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Buah Tangan Terbaru Neon

0 month ago, 16-Aug-2019

Single ketiga kumpulan Neon iaitu Kaca dianggap cukup istimewa kerana buat pertama kalinya, mereka tampil dengan muzik video (MV). Kumpulan yang ditubuhkan sejak 2017 dan dianggotai enam anak muda iaitu Ezwan Ariff, Adam Svl, Shafique Sharif, Azuad Abdullah, Danial dan Naim mengakui tidak sabar mahu melihat hasil MV itu.

Menariknya, muzik video itu mendapat sentuhan pelakon hebat, Datin Seri Umie Aida selaku pengarah. Vokalisnya, Ezwan Ariff berkata, penerbitan MV itu diharap dapat melonjakkan lagi lagu ciptaan sepenuhnya oleh Atiqah Noor itu.


Menurut Ezwan, penerbitan MV itu juga adalah percubaan pertama dirinya dan anggota lain berlakon yang dianggap cukup asing. Meski berasa kekok, Ezwan berterima kasih kepada Datin Umie Aida kerana banyak memberi tunjuk ajar. Diakui memang sangat kekok. Ini pertama kali kami berlakon dengan jalan cerita seperti drama. Apa boleh dikatakan, bukan mudah menjadi pelakon. Bekerja di bawah arahan Umie agak menakutkan. Dia legend. Memandangkan kami tak boleh berlakon, apatah lagi saya yang terbabit dalam banyak babak, dia memang tegas. Kami cuba juga buat apa yang diinginkan. Selagi tak betul, kami akan buat. Sepanjang hampir dua hari penggambaran, dia tak pernah menjerit, tapi dia jelingkan saja, katanya.


Berkongsi mengenai lagu itu, Ezwan berkata sambutan dan maklum balas diberikan sangat menggalakkan. Lagu ini dilancarkan sebelum Ramadan lalu. Alhamdulillah, ia sudah dimainkan di stesen radio tempatan. Berbanding dua single sebelum ini, dari segi penerimaan dan komen, ia lebih positif dan diterima. Kalau dengar bunyi dan muzik lagu ini pun, beza dengan single sebelum ini. Alhamdulillah, ramai suka. Bukan saja peminat, kami juga berharap lagu ini boleh pergi jauh. Kalau boleh nak masuk Muzik Muzik 34 dan AJL34, katanya.


SUMBER : cosmopolitan.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com