EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Jam Tangan Paling Pop, Bold dan Stylish!

0 month ago, 12-Jul-2019

Be fashionably on time dengan jam tangan paling stylish musim ini.

Skagen tampil dengan koleksi jam tangan terbaru Skagen Aaren Kulr yang menampilkan ciri-ciri rekaan Danish seperti timeless, moden dan minimal jitu kepada DNA jenama jam tangan antarabangsa, Skagen.

Skagen Aaren Kulr

Jam tangan Aaren Kulr diilhamkan daripada rumah pelabuhan bersejarah di Copenhagen. Selama lebih 300 tahun, rumah berwarna-warni ini yang menjadi pusat perhimpunan, perkongsian dan menikmati kehidupan menjadi teras kepada ciri-ciri jam tangan Skagen Aaren Kulr.

Jam tangan istimewa ini menampilkan kes aluminium 41mm & 36mm dengan sandblasted dial, indeks linier dan teratur, dua pergerakan tangan dan subdial pengesanan kedua di nombor enam jam.
Pembinaan pin pelepasan pantas menjadikannya mudah untuk menukar tali silikon dengan mana-mana tali 20mm dan 16mm.

Skagen Aaren Kulr Neon

Kamu juga boleh dapati koleksi jam tangan warni-warni ini dalam trend rona paling IN musim ini NEON! Ia pastinya akan mencuri perhatian orang disekeliling kamu dan menyambut cinta penggemar fesyen kepada warna. Lima rona pop neon ini juga jadikan setiap stail kamu lebih on-point dan jadikan dunia tempat yang lebih ceria.

Koleksi jam tangan Skagen Aaren Kulr dijual pada harga RM470, dan boleh didapati di Parkson Pavilion, Parkson Mahkota, Parkson Ipoh, Parkson Nu Sentral, Aeon Midvalley, Lazada dan Zalora.

Peraduan Skagen Hoptimist

Beli jam tangan Aaren Kulr dan berpeluang untuk memenangi set Hoptimist bobblehead figurines. Peraduan akan berakhir 31 Ogos 2019. Klik untuk sertai sekarang!


SUMBER : cosmopolitan.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com