EdisiViral.Com Search Guest Post Login

5 Tanda Ada Orang Menggodam Handphone Kita Tanpa Disedari

0 month ago, 27-Nov-2019

teamnetizen.com - 5 Tanda Ada Orang Menggodam Handphone Kita Tanpa Disedari

5 Tanda Ada Orang Menggodam Handphone Anda Tanpa Disedari. Berita atau cerita mengenai peranti elektronik seperti komputer, laptop dan juga handphone kena godam bukanlah sesuatu yang baru buat kita semua. Sudah banyak kes-kes sedemikian berlaku cuma ianya kemungkinan besar tidak berlaku kepada anda.teamnetizen.com - 5 Tanda Ada Orang Menggodam Handphone Kita Tanpa DisedariTeknologi yang semakin canggih sememangnya mengubah gaya hidup masyarakat. Dengan hanya berbekalkan telefon pintar, pengguna dapat melakukan pelbagai perkara contohnya perbankan dalam talian, menghantar emel, memuatnaik di media sosial dan banyak lagi.

Namun jika anda menyangka telefon pintar adalah tempat yang selamat untuk menyimpan data peribadi ianya salah sama sekali. Sebenarnya setiap telefon pintar memiliki potensi untuk dieskplotasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sudah banyak orang kena ugut dan dipergunakan disebabkan butiran peribadi yang tersimpan di handphone mereka kena curi dan digunakan oleh orang lain. Oleh itu, sebagai peringatan, jom kita tengok 5 tanda-tanda menunjukkan ada orang hack handphone anda.

1. Bateri Telefon Berkurang Secara Drastik

Setiap telefon mempunyai kapasiti bateri yang berbeza dan sebagai pengguna telefon anda pasti sudah boleh membaca hayat telefon anda.

Tetapi jika tiba tiba bateri telefon anda berkurang secara drastik dengan penggunaan yang normal kemungkinan besar kerana ada aplikasi yang tidak dikenali sedang beroperasi di sistem telefon anda.

Aplikasi tersebut kemungkinan adalah maIware yang mampu mencuri data peribadi anda.

teamnetizen.com - 5 Tanda Ada Orang Menggodam Handphone Kita Tanpa Disedari

2. Suhu Telefon Panas Tiba-Tiba

Perkara ini akan terjadi jika ada aplikasi yang berjalan dalam sistem telefon anda. Jika ianya terjadi, anda disarankan untuk mengambil langkah untuk melihatnya di bahagian Settings > Developer options > Running services.

Jika anda menemukan aplikasi yang tak dikenali, hapuskannya dengan segera dan elakkan memuatnaik aplikasi dari sumber yang tidak boleh dipercayai.

3. WiFi Aktif Dengan Sendiri

Wifi anda tiba tib aktif ketika berada di tempat umum. Perkara ini mungkin disebabkan anda sedang diperhatikan. Melalui Wifi umum, penggodam mudah menghantar virus dan mencuri data anda.

4. Ada Suara Orang Lain Saat Melakukan Panggilan

Salah satu tanda telefon anda digodam ialah anda mendengar suara bising dan aneh ketika melakukan panggilan telefon.

5. Kuota Internet Macam Air

Ini berlaku adalah merupakan salah satu tanda ada aplikasi yang sedang mengirim data tanpa pengetahuan kamu.

Berhati-hatilah selalu menggunakan handphone anda dan jangan lupa benda paling basic letak sekuriti pin kod di handphone. Elakkan menyimpan terlalu banyak benda-benda peribadi dalam handphone anda.

/Kredit: Sinar.My


SUMBER : teamnetizen.com

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...