EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Cara Tanam Sayur Paling Mudah, Guna Teknik 3T Tanam, Tinggal, Tuai. Tak Perlu Siram Pun

0 month ago, 15-Sep-2020

 

Suka menanam tapi tiada masa nak menjaga sangat, kalau macam ni teknik yang sesuai untuk korang adalah teknik 3T, Tanam Tinggal Tuai. Betul lepas tanam boleh tinggal.

Ini cara yang disaran dan dipraktikkan oleh Ahmad Nazrey. Lagi senang kelengkapan semua boleh beli di Shopee.

Teknik 3T – Tanam Tinggal Tuai

Mudah sangat. Disyorkan untuk anda untuk memilih tanaman atau jenis sayur yang mempunyai jangka pendek atau cepat dituai. Antara tanaman yang cepat dan mudah untuk dituai adalah park choy, sawi, bayam, kangkung, salad atau pokok jenis dedaunan.

Tak perlu bimbang masalah takde masa nak siram, kalau pergi kerja balik kerja pun tak nampak matahari pun takde masalah dengan teknik ni.

Caranya:

Beli di Shopee set hidroponik dilengkapi dengan :

1) Takung PVC= 20 liter.
2) Penutup takung PVC. 8 lubang.
3) 8 pot bakul media
4) Span khas.
5) 2 jenis benih.
6) Pati Baja A dan B.

(Klik SINI untuk beli set hidroponik)

 

Buat sendiri pun boleh! Guna botol air mineral

Nak buat sendiri pun boleh. Jimat kos. Guna botol air mineral 1.5 liter, span/kain jenis serap air. Tinggal semai sahaja.

Teknik 3T (Tanam-Tinggal-Tuai) ini tak pakai tanah, hanya air sahaja. Elok guna air tapis, klorin kita buang. Bersih dan selamat daripada racun perosak atau serangga.

Step by step tanam sayur hidroponik

Jika menggunakan media span/kain , begini caranya:

1. Isi air dlm takung sampai paras dimana kain atau span boleh sampai.

2. Pastikan span/kain menyentuh air dan lembap, bukan ditenggelami air.

3. ak 3-4 benih atas span lembap. Biarkan sampai bercambah. Kalau tak bercambah, semai pada tanah semaian. Bila dah bercambah blh alihkan semula ke set hidroponik.

4. Apabila Benih sudah bercambah sekurang2nya seminggu baru masukkan :
Baja A: 50ml kemudian
Baja B: 50ml ke dalam takung hidroponik 20 liter tadi.

Untuk botol air mineral tak perlu banyak, sekadar span / kain boleh sentuh air tu. Bancuhan 20 liter tadi dah boleh guna utk 40 botol lebih. Anggaran air bancuhan dlm 350 – 400ml sahaja. Kacau sebati. Nisbah bancuhan
Air baja : 20 liter air : 50ml baja a : 50ml baja b.

5. Siap… Konsep sayur hidroponik ialah
3T : Tanam, Tinggal, Tuai
Tidak perlu disiram setiap hari dan dibajai selalu. Hanya baja sekali sahaja. Jimat baja!

Hasilnya

Panduan

Set hidroponik letakkan di bawah bumbung. Tetapi mesti kena cahaya matahari. Elakkan kena hujan secara terus kerana mampu mencairkan air baja dan menyebabkan air baja dalam takung akan melimpah keluar.

Boleh terdedah kepada cahaya matahari sepenuhnya. Lebih baik dapat cahaya matahari pagi selama 4-5 jam.

Selamat mencuba!

: Ahmad Nazrey

 

Cara Tanam Sayur Paling Mudah, Guna Teknik 3T – Tanam, Tinggal, Tuai. Tak Perlu Siram Pun Vanilla Kismis.


SUMBER : vanillakismis.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...