EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tip Tanam Pokok Pandan Dalam Pasu Supaya Merimbun Dan Segar

0 month ago, 24-Aug-2021

Daun pandan memang banyak kegunaan dalam masakan, sebab itu ramai yang menanamnya di rumah. Jika baru nak cuba menanam pokok pandan ini dalam pasu, boleh ikut perkongsian dari Irma Shekysupaya hasilnya merimbun dan segar.

Cara tanam pokok pandan dalam pasu merimbun segar

1. Sediakan medium iaitu campuran tanah top soil 50% cocopeat 40%, sekam bakar 5%, dan tanah sawit 5%. Gaul sebati.

2. Isi tanah dalam pasu atau polibeg. Kemudian siram dengan air dan biar semalaman.

3. Keesokan hari, buat lubang tengah pasu, masukkan anak pokok pandan. Sebaiknya pilih anak pokok yang sederhana besar dan berakar (jika ambil dari batang tanpa akar, rendam pangkal pokok dalam air sehingga tumbuh akar kemudian barulah ditanam).

4. Masukkan anak pokok tadi dalam lubang pasu dan kambus. Ratakan tanah dalam pasu, pastikan pokok stabil.

5. Siram anak pokok pandan dan letak pasu di tempat separuh redup.

6. Siram 2 kali sehari sehingga keluar anak, boleh guna air basuhan beras atau atau basuhan ikan.

TIP: Supaya pokok pandan rimbun, jangan petik selagi belum keluar anak supaya tak terbantut proses tumbesar pokok.

Untuk lebih jelas boleh juga tonton video cara penanaman pokok pandan dalam pasu.

Semoga bermanfaat

: Irma Sheky

Tip Tanam Pokok Pandan Dalam Pasu Supaya Merimbun Dan Segar Vanilla Kismis.



SUMBER : vanillakismis.my



Live Website Traffic


loading...