www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


MFL tamatkan kontrak dengan TM

0 month ago, 16-Mar-2019


Image result for fmllp unifiJOHOR BAHRU: Demi kelangsungan bola sepak negara, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terpaksa mengambil keputusan berat ‘memutuskan hubungan’ bersama penaja rasmi, Telekom Malaysia (TM).

Keputusan itu dibuat selepas mendapat kata sepakat Ahli Lembaga Pengarah dalam satu mesyuarat bersama Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.




Menerusi perbincangan, Ahli Lembaga Pengarah juga membuat keputusan merujuk perkara berkenaan kepada peguam, Faisal Moideen bagi tindakan sewajarnya selepas difahamkan terma kontrak membabitkan bayaran tidak berlangsung lancar seperti dipersetujui kedua-dua pihak.

Tunku Ismail sudah pun mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Kevin Ramalingam mengadakan perbincangan rasmi dengan pihak berminat untuk menjadi penaja baharu Liga Malaysia.

Saya telah arahkan CEO MFL untuk mengadakan perbincangan rasmi dengan pihak yang berminat dengan segera. Sebelum ini kita mendapat pertanyaan secara tak rasmi apabila ada pihak mendengar khabar angin bahawa TM tidak mahu meneruskan tajaan Liga Malaysia (Liga M) namun kita sentiasa menghormati kontrak bersama TM.

Seperti kita pernah umumkan dahulu, kita sentiasa menjadi rakan kongsi yang baik kepada TM dan mahu memberi mereka masa untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Selain itu MFL sudah banyak kali berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan pihak TM tetapi langkah itu menemui jalan buntu. Jadi MFL tidak boleh terus menunggu kerana kita ada tanggungjawab untuk menguruskan Liga M,” kata Tunku Ismail menerusi teks dibacakan Kevin, hari ini.

Dalam masa sama, Tunku Ismail meminta semua pihak khususnya pemegang taruh MFL yang terdiri daripada 24 pasukan Liga M tidak bimbang di sebalik penamatan kontrak dengan TM.


TM dan MFL sebelum ini menandatangani kontrak perjanjian selama lapan tahun pada 29 Januari tahun lalu.

Saya sendiri tak menjangka TM akan melakukan perkara ini kepada bola sepak Malaysia yang sudah menjadi seakan nadi seharian puluhan juta rakyat Malaysia.

Kami tahu mungkin kerajaan atau TM mempunyai keutamaan lain tapi mereka tidak boleh membiarkan sukan nombor satu negara yang menyatukan negara menderita kerana tindakan ini. Inilah yang akan berlaku apabila sukan dipolitikkan.

Namun kita akan cuba sebaik mungkin untuk terus maju tanpa mereka kerana bola sepak ini adalah milik rakyat. Kita masih ada penaja dan pelabur dari pihak lain yang bersama kami dan ada penaja baru yang akan muncul. Itu sudah pasti.

MFL sentiasa mengorak langkah untuk menjaga kepentingan pasukan dengan mencari jalan mengukuhkan kewangan pasukan bertanding dalam Liga M.

Ini kerana bola sepak bukan saja dinilai daripada aspek komersial tetapi sukan nombor satu negara ini adalah medium penyatuan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Jadi ia menjadi tanggungjawab bersama untuk memajukan sukan bola sepak,” kata Tunku Ismail.






SUMBER : bazookapenaka.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts