EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Takziah, Tun Sakaran Dandai Kembali Ke Rahmatullah Akibat C0VID-19

0 month ago, 30-Aug-2021

Selepas 24 jam berita pemergian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Lajim Ukin semalam.

Hari ini, bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai men!nggal dunia pada jam 6 pagi tadi menurut anak ketiganya, Datuk Seri Nasir Sakaran yang mengesahkan berita pemergian ayahnya.

Ya benar ayah kami sudah men!nggal dunia pagi ini. Pihak hospital baru sahaja menghubungi pihak keluarga sebentar tadi, katanya menurut laporan Berita Harian.

Datuk Seri Nasir berkata, jnazah bapanya akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan.

Terdahulu, diIaporkan bekas Yang di-Pertua Sabah itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Sabah selepas dijngkiti C0VID-19.

Tun Sakaran juga merupakan bapa saudara kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Tun Sakaran yang berusia 91 tahun menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah kelapan dari 1995 hingga 2002 dan Ketua Menteri Sabah pada Mac 1994 hingga Disember 1994.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Semporna pada 1986 hingga 1995 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang mewakili USNO dan kemudian UMNO sebelum bersara daripada politik apabila dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Sabah kehilangan seorang lagi tokoh pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri ini.

Salam takziah buat ahli keluarga, moga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah. – dipetik dari MYKMU, Utusan

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...