EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

(TAKZIAH) Makcik Petir Sudah Tiada, Noryati Taib Meninggal Dunia Kerana Sakit Tua

0 month ago, 07-Apr-2021

Pelakon veteran, Noryati Taib atau lebih dikenali sebagai Makcik Petir dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2 pagi tadi di usia 63 tahun.

Noryati Taib : Facebook Faizul Hafiz Hashim  

Berita duka itu diumumkan anak kandungnya Faizul Hafiz menerusi sebuah hantaran di Facebook serta anak saudaranya yang juga pengarah drama terkenala, Shahrulezad Mohameddin menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi.

Advertisement

Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat itu turut memohon doa orang ramai agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dirahmati Allah S.W.T.

Terdahulu, Allahyarham Noryati pernah membintangi drama-drama tempatan seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana.

Al-fatihah diucapkan buat Allahyarham Noryati Taib.

(TAKZIAH) Makcik Petir Sudah Tiada, Noryati Taib Meninggal Dunia Kerana Sakit Tua first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...