EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Takut Tak Sempat, Gadis Trivago Dahlia Shazwan Kini Berhijab Sepenuhnya

0 month ago, 24-Mar-2020

Pasti semua orang mengenali gadis Trivago Malaysia ini, Dahlia Shazwan yang juga merupakan pengacara HLive. Penampilan terbarunya yang manis berhijab telah mencuri tumpuan ramai.

akak trivago berhijab

Dia mengakui keputusan untuk menutup aurat adalah kerana dia merasakan ia petunjuk dari Allah SWT. Menurut Dahlia, dia sudah lama memasang niat untuk berhijab sejak pulang dari menunaikan umrah sebulan yang lalu.

Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.

dahlia shazwan kini berhijab

dahlia shazwan kini berhijab

Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak. Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pun pakai hijab.

Katanya lagi, keputusan untuk berhijab mendapat sokongan penuh daripada suami, ahli keluarga dan teman rapat. Dahlia turut sempat mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan dirinya.

gadis trivago kini berhijab sepenuhnya

Saya bertuah dikelilingi keluarga, suami dan teman yang sangat memberikan sokongan. Ada antara teman yang turut berkongsi pengalaman pakai tudung buat kali pertama dan saya sangat hargainya.

Alhamdulillah, nampaknya Dahlia benar-benar berusaha untuk menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik. Kami mendoakan agar dia tetap dengan pendiriannya itu selamanya dan terus tabah jika ada ujian yang mendatang dalam tempoh penghijrahan ini. Semoga kekal istiqamah.

Berita : Astro Gempak


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...