EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Takut nak peluk sebab kerja di luar, KJ sambut birthday anak dari luar tingkap

0 month ago, 23-Mar-2020

Ketika ini, bukan sahaja petugas kesihatan yang sedang sibuk bertungkus-lumus mengawal Covid-19 dari terus merebak, bahkan barisan menteri turut sama mengedalikan isu yang sedang melanda dunia ini.

Tanggungjawab kepada rakyat menyebabkan mereka tidak boleh senang-senang duduk dirumah dan terpaksa juga keluar bagi menyelesaikan tugasan.

Oleh sebab itu, Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi yang baru dilantik iaitu YB Khairy Jamaluddin terpaksa menyambut hari lahir anaknya dalam jarak tertentu bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Beliau yang perlu bertugas diluar tidak terus meluru ke arah anaknya dan hanya berada di sebalik kaca sambil tersenyum memandang puteranya yang genap berusia 5 tahun hari ini.

Dalam kapsyen yang disertakan bersama gambar tersebut, Khairy Jamaluddin atau KJ memberitahu bahawa beliau berasa agak sedih kerana tidak dapat memeluk dan mencium anaknya.

Mereka hanya memandang sesama sendiri di sebalik tingkap kerana beliau baru pulang dari kerja di luar yang terdedah dengan sebarang wabak.

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram KJ dengan mengucapkan selamat hari lahir buat anaknya.

Mereka juga turut sempat mendoakan kesejahteraan Malaysia agar segala wabak yang melanda dunia akan berkurangan dan memudahkan segala urusan kehidupan selepas ini.

: Khairy Jamaluddin


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...