EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Takut Mati Pun, Mati Juga.. Yang Tak Bersedia, Duk Diam2 Zul Yahya Saran Solat Ikut Norma Lama

0 month ago, 19-Nov-2020

Masihkah anda ingat dengan pelakon Zul Yahya pernah popular satu masa dulu? Lakonannya yang bersahaja sememangnya berjaya mencuit hati ramai penonton. Zul Yahya lebih dikenali sebagai pelakon komedi dan pernah muncul dalam beberapa filem serta drama.

Terkini, pelakon tersebut telah mencetuskan kontroversi dan menarik perhatian ramai di media sosial apabila memuat naik video solat jemaah di Instagram tanpa mengamalkan penjarakan sosial.

Menerusi perkongsian itu, Zul turut meluahkan rasa syukur masih lagi merapatkan saf ketika menunaikan solat jemaah. Walau bagaimanapun, ianya tekah mengundang kecaman netizen.

Benarkan solat jemaah mengikut norma lama

Dalam masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar mempertimbangkan untuk membuka semula masjid dan membenarkan solat berjemaah mengikut norma lama.

Aku cadangkan buka salah satu masjid di setiap kawasan untuk solat berjemaah ikut norma lama. Kami boleh buat solat hajat perdana dan macam-macam amalan untuk memohon bantuan Allah.

Yang bersedia boleh bersama dan kepung kami di situ, apa yang susah sangat? Apa yang takut sangat? Perkara dunia orang berhimpun tak apalah pula. Bab-bab masjid ini duk bagi macam-macam alasan yang kadang-kadang tak masuk akal.

Yang tak bersedia duk diam-diam di rumah

Kata Zul, cara itu membolehkan orang ramai melakukan solat hajat perdana dan amalan lain untuk memohon bantuan dari Allah.

Takut mati pun mati juga

Dalam posting sama di Instagram, Zul menyeru untuk berusaha mati di tempat dan masa yang terbaik.

Takut mati pun mati juga, berani mati pun mati juga. Jadi usahalah mati di tempat dan masa yang terbaik kerana masa yang terbaik tak menunggu kita…

Jom! Kita suarakan perkara ini bersama , kita mohon dengan baik.

“Takut Mati Pun, Mati Juga.. Yang Tak Bersedia, Duk Diam2…” – Zul Yahya Saran Solat Ikut Norma Lama Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...