EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Enam tahun tunggu, Siti Sarah sahkan hamil anak keempat

0 month ago, 02-Apr-2021

Selepas menunggu hampir setiap tahun, penyanyi Siti Sarah mengesahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata keempat.

Berita gembira tersebut dikongsi menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik sebuah video memegang kit ujian kehamilan ketika dirakam pada 15 Februari lalu.

Menurut Sarah atau nama penuhnya Siti Sarah Raisuddin, dia bersyukur dan tidak sangka masih diberi rezeki untuk menimang cahaya mata selepas kali terakhir bersalin enam tahun lalu.

Permata nombor empat bakal menyusul. Jujur Sarah betul tak sangka, lepas 6 tahun melahirkan Matin, Sarah dapat lagi rezeki merasai detik kehamilan baru sekarang,tulisnya.

Malah, penyanyi lagu Semakin itu turut memohon maaf kepada orang ramai kerana tidak mendedahkan perkara tersebut sebelum ini selepas kerap ditanya jika dirinya hamil berikutan kandungan masih belum kuat.

Minta maaf tau sebab tak bagitau awal sebab sebelum ni Sarah pernah ada anxiety, so Sarah sendiri tak nak tertekan masa awal kehamilan ni. Sarah nak mintak korang semua, doakan Sarah dan kandungan,jelasnya.

Posting tersebut dihujani ucapan tahniah peminat dan pengikutnya selain mendoakan agar segalanya dipermudahkan buat Sarah.

Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelawak dan usahawan, Shuib pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

: Instagram Siti Sarah



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...