EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

3 tahun tanggung derita, kecederaan parah kaki pemuda ini hingga ternampak tulang, meruntun hati semua

0 month ago, 14-Sep-2020

Kebajikan pekerja adalah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh semua majikan bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Itulah yang berlaku pada seorang pemuda di Lahad Datu, Sabah ini apabila dia yang sedang terduduk di tepi jalan menangis apabila menceritakan nasibnya.

Online Lahad Datu/Facebook

Menurut sumber, lelaki tersebut mengalami kemalangan (tidak pasti berlaku semasa kerja ataupun bukan) dan majikannya pula langsung tidak memberikan apa-apa pampasan padanya.

Lebih menyedihkan lagi apabila dia terpaksa menanggung kesakitan selama tiga tahun dan dia juga sempat membuka balutan kecederaan itu di kakinya.

Ianya cukup mengerikan. Betapa siksanya dia menahan kesakitan sebegini

Online Lahad Datu/Facebook

Keadaan tubuh yang kurus seperti kurang menerima nutrisi juga amat memilukan mata yang memandang. Pada ketika itu juga, pemuda itu belum lagi menjamah makanan.

Perkongsian kisah lelaki yang dikenali sebagai Jaya itu kemudian mendapat perhatian penduduk tempatan yang sama-sama membantu mendermakan wang padanya.

mengatakan bahawa keadaan kakinya agak parah dan tidak lagi boleh diselamatkan. Ia terpaksa dipotong.

Pembedahan Jaya dilaporkan berjalan dengan lancar dan kini semuanya sudah selamat. Kos pembedahan Jaya difahamkan berjumlah RM10,000.

Online Lahad Datu/Facebook

Mujurlah ada penderma yang sudi membantu. Jika tidak, pasti Jaya masih lagi menanggung kesakitan kakinya itu. Bayangkan tulang kakinya jelas kelihatan!

Buat majikan di luar sana, utamakanlah kebajikan para pekerja anda dalam pada kita mengejar keuntungan. Tanpa pekerja, siapalah anda.

 

 

3 tahun tanggung derita, kecederaan parah kaki pemuda ini hingga ternampak tulang, meruntun hati semua Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...