EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tahun ni tema biru ke bro? Netizen titip ucapan Selamat Hari Lelaki untuk Sajat

0 month ago, 19-Nov-2020

Tanggal 19 November setiap tahun diangkat sebagai Hari Lelaki Sedunia. Sudah pasti ramai yang memberi ucapan terutamanya golongan wanita kepada ahli keluarga, rakan ataupun teman lelaki mereka.

Tidak hanya itu, ramai juga kaum hawa yang berseloroh dengan meluahkan harapan yang mereka inginkan kepada para lelaki di luar sana.

Ucapan tersebut juga turut diberikan kepada usahawan terkenal dan juga selebriti media sosial iaitu Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Menerusi muat naik tarian TikToknya di laman Instagram, posting usahawan berusia 35 tahun itu dipenuhi dengan ucapan Selamat Hari Lelaki daripada netizen.

Posting yang dilakukan oleh Sajat itu memperlihatkan dia sedang posing dengan memakai baju biru ketat di kedai emas miliknya mengikut irama muzik.

Sebahagian besar komen yang diperoleh daripada netizen adalah dengan memberikan ucapan selain mengusik penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu.

Sajat merupakan usahawan kosmetik yang penuh kontroversi apabila ramai yang meragukan status jantinanya.

Februari lalu, dia telah menggemparkan negara apabila bertelekung semasa menunaikan umrah di Tanah suci sehingga menjadi perdebatan netizen.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas isu tersebut dengan lebih lanjut malah kontroversi terbabit senyap begitu sahaja.

: Nursajat23



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...