EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Dua Tahun Buat Kerja Amal, Rich Estranged Bakal Bertanding Jadi Wakil Rakyat Pada PRU Ke-16

0 month ago, 14-Sep-2020

Jika di luar negara, artis terlibat dalam dunia politik bukanlah perkara baru dan luar biasa. Begitu juga dengan vokalis kumpulan Estranged, Rich yang sudah bersedia untuk melibatkan diri dalam Pilihan Raya Umum ke-16 yang bakal dijalankan dalam masa tiga tahun lagi.

Menurut Rich yang ditemui media, dia mengambil keputusan untuk bertanding menjadi calon wakil rakyat Tambunan, Sabah selepas melibatkan diri dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di daerah itu kira-kira hampir dua tahun.

Rich atau nama sebenarnya, Richael Lawrence Gimbang,38, berkata lagi, dia ingin membantu penduduk kampung di kawasan pendalaman yang sentiasa berhadapan dengan masalah air, elektrik serta ingin fokus kepada pendidikan generasi muda.

Advertisement
View this post on Instagram

If you hadn’t noticed.. I’m actually the tallest in the band. But just slightly though. Oh and I had to slouch here too.. ? Jakarta tour done. ?? Can’t wait to get back there again!!!

A post shared by RICH (@richaelgimbang) on

“Buat masa sekarang, saya hanya umum mengenai keputusan saya untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, bukan yang terkini. Saya akan bertanding untuk calon wakil rakyat Tambunan,”

Walau bagaimanapun, Rich masih belum memikirkan untuk menyertai parti yang mana tersedia pada ketika ini. Dia yang sering melakukan CSR di kawasan Tambunan sejak tahun 2018 yang lalu kini merasakan sudah bersedia untuk bertanding sebagai wakil rakyat.

Advertisement

Sebelum ini, Rich telah dilihat memuat naik poster di Instagram miliknya sebagai petanda dia sudah memulakan kempen untuk menjadi calon wakil rakyat di negeri Sabah.

View this post on Instagram

The work starts now! We are ready to go!

A post shared by RICH (@richaelgimbang) on

Dalam pada itu ketika ditanyakan mengenai masa depan dunia seninya setelah terlibat dengan dunia politik, ini merupakan jawapan penyanyi yang terkenal dengan lagu Itu Kamu bersama kumpulan Estranged ini.

“Biarpun saya sudah menceburi bidang politik tapi ia tidak bermaksud yang saya akan keluar daripada kumpulan itu (Estranged). Malah, ahli kumpulan yang lain iaitu Solihuddin Hormat dan Nor Hanafi juga akan turut membantu saya. Ianya seperti perjalanan kumpulan kami,”

Advertisement

Beranggapan bahawa dunia politik dan dunia muzik bukanlah dua buah entiti berbeza, Rich ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa kedua-dua bidang ini boleh berjalan seiringan dan sejalan.

Dalam pada itu, Rich juga mengatakan bahawa dia sudah bersedia untuk menerima kritikan serta komen negatif daripada masyarakat di luar sana. Suami kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4 ,Velvet, mengakhiri temubual dengan menegaskan bahawa dia hanya mahu fokus melaksanakan kerjayanya dengan baik dan menjadikan peunduduk Tambunan sebagai keutamaan apabila dilantik menjadi wakil rakyat kelak.

: mStar Online


SUMBER : beautifulnara.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...