EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

3 Tahun Hutang Tertunggak, Rider Food Panda Rosakkan Motor Sendiri Sebelum Ditarik Ejen

0 month ago, 17-Sep-2023

Baru-baru ini tularnya sebuah kejadian yang memaparkan seorang penghantar makanan dari Food Panda yang bertindak agresif dengan merosakkan motosikal miliknya sendiri, dipercayai berlaku di kawasan parkir sebuah pusat beli belah di Puchong, Selangor.

Tiga Tahun Tak Bayar Hutang Motor

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Berita Harian, lelaki tersebut bertindak sedemikian atas sebab tidak berpuas hati kenderaannya bakal ditarik kerana hutang yang tertunggak hampir tiga tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan, beliau memaklumkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3.10 petang pada 11 September yang lalu berpunca atas pemilik motosikal tersebut tidak berpuas hati dengan penarikan motosikalnya disebabkan mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan.

Rosakkan Motor Sendiri Sebelum Kena Tarik

Akibat tidak berpuas hati selepas mendapat tahu motosikalnya bakal ditarik, penunggang P-Hailing tersebut bertindak menendang dan menyepak kenderaannya sebelum ia ditarik oleh ejen. Berdasarkan video yang dikongsikan diatas, terdapat beberapa kerosakan yang beliau catatkan.

Kata Anbalagan lagi, laporan tarik motosikal dibuat oleh ejen tarik kenderaan pada hari sama di Balai Polis Brickfield.

Kredit: Berita Harian

3 Tahun Hutang Tertunggak, Rider Food Panda Rosakkan Motor Sendiri Sebelum Ditarik Ejen Bawang Rangers.