EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Bayi 2 tahun duduk di kotak penghantaran, teman bapa dan ibu kerja buat ramai yang tersentuh

0 month ago, 02-Apr-2021

Pengorbanan ibu bapa tiada galang gantinya. Mereka adalah insan pemberian Tuhan yang sanggup bersusah payah demi membesarkan kita semua.

Seperti seorang bapa yang tular di China ini, di mana bapa mithali yang juga bekerja sebagai penghantar kurier itu turut dilihat membawa bayinya bersama ketika bertugas.

Bayi perempuannya, Li Feier yang berusia dua tahun itu diletakkan di dalam kotak penghantaran sementara bapanya menunggang skuter.

Elok sahaja Feier duduk di dalam kotak itu ketika dalam perjalanan, langsung tidak buat hal. Difahamkan Feier mula mengikut bapanya bekerja sejak berusia 6 bulan lagi.

Malah setiap kali bapanya, Li Yuanyuan memandang anaknya itu, Feier akan memberikan senyuman manis yang paling bermakna buatnya.

Bahkan melihat sahaja senyuman anaknya itu, Yuanyuan akan segera berasa segala kepenatannya hilang serta merta!

Mengambil kira banyak sebab, maka saya terpaksa membawa anak saya bersama ketika bertugas. Ia bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kami laluinya bersama.

Kotak penghantaran yang digunakan untuk mengisi Feier sebenarnya dilengkapi dengan tilam, lampin dan botol susu.

Isteri Yuanyuan bekerja di pasar basah dan mereka berdua sering bergilir-gilir membawa dan menjaga Feier ketika bekerja.

Oleh kerana kerja Yuanyuan bermula pada waktu pagi, maka ia bermakna Feier turut perlu dikejut dan disiapkan untuk mengikutinya.

Selepas sahaja jam 11, Yuanyuan akan menghantar anaknya itu kepada isterinya untuk dijaga. Saya kasihan melihatnya dalam situasi begini tetapi saya tiada pilihan, kata Yuanyuan.

Ini kerana Feier didiagnos dengan penyakit pneumonia ketika berusia 5 bulan dan untuk menyelesaikan kos rawatan yang mahal, banyak wang simpanan mereka telah digunakan.

Jadi mereka berdua tiada pilihan lain selain melakukan tugas dan kerja serta menjaga Feier dalam waktu yang sama.

Di tempat kerja ibunya pula, Feier sering juga membantu tugas ibunya. Dia sering duduk di satu sudut tanpa sebarang permainan dan juga kawan.

Ekoran tertularnya kisah mereka, ramai yang tampil dan mahu menderma padanya tetapi ia ditolak oleh Yuanyuan.

Saya sanggup usaha sendiri. Kami bukan di tahap yang memerlukan bantuan. Walaupun tinggal di bilik berkeluasan 107 kaki persegi, kami bahagia.

Saksikan video penuhnya di sini.



SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...