EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Dua tahun diperdaya lelaki 'acah' baik - Raysha

0 month ago, 12-Jan-2020

Najiy Jefri

[emailprotected]

HAMPIR setiap malam mama buat solat hajat. Suatu hari kebenaran terbongkar apabila mama berdepan sendiri dengan lelaki itu dan mengaku mencuri barang kemas dan duit, kata pelakon Raysha Rizrose mengenai dugaan yang menimpa keluarganya apabila mengalami kerugian yang banyak akibat dicuri seorang lelaki yang berasal dari Terengganu.

Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Rizrose, 24, berkata, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Subang Jaya pada November lalu dan kini sedang menunggu tarikh perbicaraan.

Dia berkawan rapat dengan kami sekeluarga sejak dua tahun lalu. Asalnya dia bekerja sebagai pembantu untuk perniagaan katering kakak saya. Kami terpedaya dengan perwatakannya yang lemah lembut, tak banyak cakap dan ringan tulang.

Dalam diam dia duri dalam daging. Selama dua tahun ini memang selalu perasan banyak barang hilang termasuklah barang berharga. Namun, tidak ada bukti yang kukuh.

Tidak sepanjang mengenalinya terlalu banyak kecurian yang dia buat pada keluarga kami. Paling sedih kami diberitahu dengan bukti yang diberikan bahawa harta pusaka mama berupa barang kemas yang dia curi sudah dijual dan dilebur serta tidak dapat ditebus balik, katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Nelydia Senrose berkata, dia tidak menjangka segala kebaikan yang dilakukan terhadap lelaki itu dibalas dengan perkara sebegitu.

Apa yang berlaku ini adalah satu dugaan dan ujian buat kami sekeluarga. Kami reda, namun pendedahan ini dibuat supaya orang luar turut berhati-hati dan tidak menjadi mangsa.

Selepas saya dan adik-beradik lain berkongsi di media sosial, ramai yang tampil apabila turut menjadi mangsa dan terjerat dengan penipuan lelaki ini.

Saya tidak mahu perkara sebegini terjadi kepada sesiapa. Harap apa yang berlaku ini menjadi satu iktibar. Berhati-hati dengan siapa kita rapat. Manusia ini hatinya berbeza-beza. Ada baik di depan, tapi dalam hati tak semuanya jujur atau ada niat yang tidak baik, katanya.

Terdahulu, Raysha dan Nelydia memuat naik gambar lelaki yang didakwa mencuri barang kemas dan duit milik keluarganya di Istagram masing-masing.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...