www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


2 tahun derita sakit perut, suami sumbat handle motosikal dalam rahim isteri

0 month ago, 17-May-2019



Seorang wanita berusia 30 tahun dimasukkan ke hospital di Indore, Madya Pradesh, India, selepas dua hari mengalami kesakitan luar biasa di bahagian perut, lapor Metro

Setelah doktor membuat imbasan x-ray, kelihatan satu objek besar di dalam rahimnya. CT scan mengesahkan objek tersebut adalah handle motosikal. 

Doktor kemudian terus mengarahkan pesakit menjalani pembedahan segera pada pagi Selasa lalu. 

Seramai 19 orang doktor bertungkus lumus dalam pembedahan yang memakan masa empat jam itu sebelum berjaya mengeluarkan objek tersebut dari rahim pesakit. 

Menurut Dr Sonia Moses dari Hospital M.Y berkata, "Dia memberitahu kami handle itu dimasukkan ke dalam vagina oleh suaminya yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk. 

"Suami pesakit telah memberi amaran agar tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa atau dia akan dicederakan. 

"Objek itu telah berada di dalam rahimnya hampir dua tahun lalu dan telah menyebabkan jangkitan pada organ dalaman menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang luar biasa. 


"Rahimnya telah rosak teruk dan terpaksa dibuang tetapi kami berjaya menyelamatkan pundi kencingnya. 

"Pesakit tidak lagi mampu untuk mendapatkan zuriat," katanya. 

Mangsa dilaporkan stabil dan telah sedarkan diri.

Sementara itu, suaminya ditahan polis untuk siasatan lanjut. 



SUMBER : thereporter.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts