EdisiViral.Com Search Guest Post Login

9 tahun bercinta, lepas 3 bulan nikah isteri tersayang dijemput Ilahi

0 month ago, 13-Jul-2019

Jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Sang Pencipta. Siapa yang mahu kekasih hati yang baru sahaja dinikahi pergi menghadap Ilahi. Namun, suratan takdir tidak dapat kita nafikan.

Hal tersebut samalah seperti perkongsian daripada seorang pengguna Twitter yang kehilangan isteri tercinta pada usia perkahwinan yang masih lagi baru. Dikenali sebagai Syahrain, pemuda tersebut pada asalnya meninggalkan komen di ruangan status seorang pengguna lain yang bercerita mengenai hubungan percintaan yang diakhiri dengan perkahwinan.

Syahrain memberitahu bahawa hubungan cintanya bersama isteri sebelum berkahwin adalah selama sembilan tahun. Walau bagaimanapun, selepas tiga bulan berumah tangga isteri tercinta meninggal dunia.

Syahrain juga sempat menceritakan kisah percintaan mereka berdua yang bermula sejak di bangku sekolah sehingga bergelar suami isteri. Thread yang dibuat oleh Syahrain ini telah mendapat ribuan perkongsian di Twitter miliknya.

So this is short story, 2010 semasa kami tingkatan 5, same school. pic.twitter.com/LIFndSjCDq

Syahrain (@SyahrainAzri) July 13, 2019

Menurut Syahrain, mereka berkenalan sejak tahun 2010 dan tidak menyangka hubungan yang bertahan sehingga ke jinjang pelamin pada Mac itu cuma sempat dirasai kemanisannya sehinga penghujung Jun sahaja.

Menurutnya lelaki itu, isterinya telah menghidap kanser otak tahap kritikal dan terlantar di hospital untuk beberapa ketika sebelum dijemput Ilahi.

View this post on Instagram

Syg, sungguh berat ujian ini, kdg saya terfikir bagaimana utk meneruskan kehidupan tanpa awak, Allah ambil awak semasa kita sedang masih rancak bercinta, hanya 3 bulan kita sempat melalui kehidupan sbg suami isteri, itu yg kita impikan semasa awal perkenalan tahun 2010 dahulu, tiba hari pernikahan 23 Mac lalu, Allah je tahu betapa bersyukurnya dan gembiranya kita selepas cita-cita dan impian kita tercapai, pertama kali saya imamkan awak, awak menitiskan airmata, semua perkara kita rancang dgn teliti. Tetapi Allah itu sebaik baik perancang, awak tinggalkan saya ketika kita masih belajar utk menjadi suami isteri yg baik, ketika kita masih duduk berjauhan. Alhamdulillah sempat menjadi suami walaupun tidak sempurna. Harini genap 2 minggu pemergian awak. Semoga awak tenang dan ditempatkan di tempat org yg solehah kerana itu yg selayaknya utk awak. Terima kasih juga tinggalkan kenangan manis dan keluarga yang baik kepada saya. #alfatihah

A post shared by Syahrain Azri (@syahrain_azri) on

Allahyarham isteri Syahrain yang dikenali sebagai Dr. Nazleatul Nadira telah meninggal dunia pada hari-hari terakhir bulan Syawal tempoh hari.

Menerusi perkongsian lelaki tersebut di Twitter, rata-rata netizen yang membaca thread tersebut telah berasa sebak dan meninggalkan komen kepada Syahrain. Mereka juga sempat berpesan supaya lelaki itu bersabar dan menerima dugaan tersebut dengan hati terbuka.

: Syahrain

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com