www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tahukah anda? Cara berbuka puasa tidak betul boleh undang padah

0 month ago, 17-Apr-2019



KUALA TERENGGANU, 17 April - Cara berbuka puasa tidak menepati amalan Rasulullah SAW boleh menyebabkan berlaku pertambahan penyakit di bulan Ramadan.

Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dr Harmy Mohamed Yusoff berkata, amalan berbuka yang salah ialah mengumpulkan makan dan minum sekali gus untuk sehari di waktu berbuka puasa.

"Ini menyebabkan keseluruhan pengambilan makanan kita bertambah ketika bulan Ramadan.

"Sebab itulah sebenarnya puasa tidak memberi kesan kepada kesihatan tubuh malah dia membebankan tubuh kita disebabkan oleh pengambilan makanan yang terlampau banyak," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pejabat Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini semalam.

Menurutnya, amalan puasa yang tidak sihat ialah pengambilan makanan di bulan selain Ramadan dibuat tiga atau empat jam sebelum tidur tetapi pada bulan puasa, kadang kala selepas solat sunat tarawih terus sambung makan dan minum semula.

Katanya. kajian yang dijalankan oleh pakar perubatan menunjukkan bahawa puasa memang merupakan amalan kesihatan tertua dan terbaik.

"Sejak zaman Hippokrates (seorang pakar perubatan Yunani) sudah disebutkan bahawa amalan berpuasa merupakan amalan kesihatan yang paling efektif.

"Kajian juga menunjukkan bahawa puasa memang memberi manfaat kesihatan termasuk boleh mengurangkan kenyanyukan, melambatkan proses penuaan, boleh mengurangkan penyakit jantung, diabetes, kanser dan sebagainya," jelas beliau lagi.

Bagaimanapun katanya, kajian juga menunjukkan bahawa umat Islam tidak dapat manfaat tersebut disebabkan cara berpuasa mereka tidak menepati amalan Rasulullah SAW.

"Maksudnya, apabila kita berpuasa secara automatik kadar pengambilan makanan kita berkurang.

"Sebab kita mengambil makanan hanya dua kali sahaja sehari termasuk di waktu sahur dan berbuka.

Sepatutnya kata beliau kadar pengambilan makanan itu tidak bertambah serupa macam biasa dan jumlahnya berkurang disebabkan puasa tersebut.

"Kalau tidak, kita kena ambil sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam, sekurang-kurangnya empat kali sehari. Tetapi bulan puasa hanya dua kali sahaja kita makan.

"Jadi sepatutnya tubuh kita berehat di waktu siang tetapi dikerah semula untuk bekerja lebih keras di waktu malam dengan cara pemakanan yang salah tersebut," ujarnya.

https://www.teganukita.net/2019/04/cara-berbuka-puasa-tidak-betul-undang.html



SUMBER : 1media.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts