EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tahniah! Uqasha Senrose telah dirisik oleh Kamal Adli, Road To Halal

0 month ago, 04-Apr-2021

Siapa sahaja yang tidak mengenali pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun ini, betul tak?

Hari ini, para peminat dikejutkan pula dengan berita Uqasha Senros telah dirisik oleh Kamal Adli!

Menerusi posting adiknya iaitu Raysha Rizroze di Insta Story, dia memuat naik gambar serta video memaparkan bakal pengantin berusia 29 tahun itu memakai busana serba putih lengkap dengan kain layah sambil bergambar bersama ahli keluarga.

Bukan itu sahaja, pereka fesyen Shanell Harun turut memuat naik video bintang drama Perempuan Tanpa Dosa itu sedang membuat persiapan sebelum majlis itu berlangsung.

Melalui video berkenaan, wajah Uqasha dilihat berseri-seri seperti seorang puteri raja yang bakal menemui si putera, penyeri hidup dan penghuni hatinya.

Terdahulu, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu dilamar oleh kekasihnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35 sewaktu di Anugerah Meletop Era.

Baru-baru ini, mereka mengumumkan bakal mengadakan 3 kali majlis resepsi termasuk 1 dikhaskan untuk para peminat. Tahniah Uqasha & Kamal Adli! Tak sabar nak tunggu hari bahagia pasangan ni~

: Instagram Raysha Risroze, Shanell Harun



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...