EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

(TAHNIAH) Tak Pernah Sayang Seseorang Sehebat Ini, Yonny Boi Selamat Bertunang

0 month ago, 10-Oct-2021

Tahniah diucapkan buat penyanyi rap Yonnyboii yang dilaporkan telah mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihan, Nik Nazira.

Advertisement

Berita gembira tersebut diumumkan Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin,23, menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Dia dalam pada itu turut menitipkan kata-kata indah yang didedikasikan khas buat tunangnya itu.

Advertisement

Saya tak pernah percayakan cinta, saya tak pernah percaya pada peluang, tak pernah seyakin ini, tak pernah segembira ini, tak pernah tersenyum sebegini lama. Saya tak pernah merasai perasaan ini sehingga saya bertemu dengan kamu. Bersama denganmu, hati berdegup kencang.

Dalam pada itu, Nik Nazira berkata dia mempunyai sebab sendiri mengapa Yonnyboii menjadi pilihan hatinya.

Difahamkan mereka telah mengadakan sebuah majlis ringkas bagi meraikan hari indah itu dan Yonny turut sempat mendendangkan lagu Salahku di atas pelamin sambil memetik gitar.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

(TAHNIAH) Tak Pernah Sayang Seseorang Sehebat Ini, Yonny Boi Selamat Bertunang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...