EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tahniah, Pandelela Rinong Kini BergeIar Dato

0 month ago, 10-Oct-2021

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, kini bergelar Dato’ selepas dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Pemenang pingat perak dan gangsa sukan Olimpik berusia 28 itu antara 1,326 penerima darjah kebesaran dan pingat.

Mendahului senarai penerima darjah kebesaran ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen yang menerima darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (D A) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Turut menerima darjah kebesaran sama, bekas anggota Kabinet pertama Sarawak selepas pembentukan Malaysia pada 1963, Allahyarham Datuk Seri Pengiran Hipni Pengiran Annu.

Enam lagi menerima darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin; Peguam Besar Negeri Sarawak, Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid; Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Datuk Dr Wan Lizozman Wan Omar dan ahli perniagaan, Datuk Kho Kak Beng.

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Abdullah Saidol dan ahli perniagaan, James Ling Lu Kiong pula menerima darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, seramai 13 individu menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu.

Mereka ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Kameri Affandi; Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Edwin Abit; Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dr Rashidah Bolhassan.

Turut menerima darjah kebesaran sama, Residen Bahagian Kuching, Sherrina Hussaini; Residen Bahagian Sri Aman, Indit Bangai; Residen Bintulu, Jack Aman Luat; Pengarah Jabatan Tanah dan Survei, Abdullah Julaihi; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak, Lau Hieng Ung; Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri, Prof Madya Dr Muhammad Abdullah Zaidel; Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru, Dr Azhar Ahmad; Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu, Muhammad Yakup Kari dan Pengarah Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak, Hashim Bojet.

Seramai 16 lagi menerima Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, seramai tujuh individu menerima pingat Johan Bintang Sarawak, Johan Bintang Kenyalang (16), Johan Perkhidmatan Cemerlang (4), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (18), Pegawai Bintang Sarawak (44), Pegawai Bintang Kenyalang (101) dan Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (177).

Ahli Bintang Sarawak pula seramai 253, Ahli Bintang Kenyalang (155), Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (260) dan Bentara Bintang Sarawak (251). – dipetik dari Xtra, Harian Metro

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...