EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

As tahan tiga penyelidik China

0 month ago, 24-Jul-2020

Washington: Pihak berkuasa persekutuan Amerika Syarikat (AS) menahan tiga penyelidik China kerana enggan mendedahkan kaitan mereka dengan tentera China, dan individu keempat menjadi orang buruan yang kini berlindung di konsulat di San Francisco, lapor agensi berita Sputnik, memetik kenyataan Jabatan Kehakiman pada Khamis.

"Empat individu baru-baru ini dituduh melakukan penipuan visa berkaitan dengan rancangan menipu status mereka sebagai anggota tentera Republik Rakyat China, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), sebaliknya menjalankan penyelidikan ketika berada di AS.

"Tiga daripada individu ini ditangkap dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang mencari individu keempat yang juga orang buruan, kini berlindung di Konsulat China di San Francisco," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, FBI sudah melakukan temu bual dengan pemegang visa lain yang disyaki mempunyai kaitan dengan tentera China, di lebih 25 bandar di AS.

Setiap individu yang dituduh melakukan penipuan visa, berhadapan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun dan denda sehingga AS$250,000.

Pada Selasa, Jabatan Kehakiman mendedahkan dakwaan terhadap dua penggodam China yang didakwa menyasarkan syarikat-syarikat, sekurang-kurangnya di sepuluh negara.

Kerajaan AS mengarahkan China meninggalkan bangunan diplomatik di Houston pada akhir minggu ini kerana kebimbangan terhadap kecurian intelektual.

Sebagai tindak balas, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin, meminta AS segera menarik balik keputusan tersebut, sambil menambah jika tidak, Beijing juga akan mengambil tindakan serupa.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...