EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tak Tahan Dikecam Kiri Kanan, Akhirnya ini Tindakkan Mak Lopa yg Sgt Mengejutkan

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Kuala Lumpur: Permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’ oleh Syarikat Noor Khan Enterprise masih di peringkat pemeriksaan.

Itu kata Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Datuk Mohd Roslan Mahayudin.

Justeru, beliau berkata, jenama yang dimohon pemilik syarikat itu, Noor Kartini Noor Mohamed belum diluluskan MyIPO dan belum menjadi hak eksklusif beliau.

Mohd Roslan memaklumkan permohonan Noor Kartini bagi mendaftarkan jenama itu diterima MyIPO pada November tahun lalu.

Dan kelulusannya bergantung kepada hasil pemeriksaan serta pertimbangan agensi itu.

“Sehubungan itu, Noor Kartini diminta untuk tidak mendahului keputusan MyIPO.

Ini dengan mendakwa bahawa jenama ‘Harimau Menangis’ telah didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau.

“MyIPO akan memproses permohonan beliau seperti biasa iaitu sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada,” menurutnya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sejak semalam, tular di media sosial usahawan itu mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’.

Ini bagi produk keluarannya didaftarkan dan beliau mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama berkenaan.

Dakwaan usahawan itu yang juga ibu selebriti Neelofa, mendapat perhatian warganet yang rata-rata menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan.

Ia memandangkan sudah ramai menggunakan nama resepi masakan berasaskan daging ‘Harimau Menangis’ dalam produk mereka.

Tindakkan Mak Lopa ini Sangat Mengejutkan

Selepas dikritik ramai pihak, pemilik syarikat Noor Khan Enterprise, Noor Kartini Noor Mohamed membatalkan permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’.

Noor Kartini yang juga ibu selebriti terkenal Neelofa berkata, permohonan itu akan dibatalkan dalam masa terdekat.

“Saya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan terjadi dan berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakan keadaan.

“Saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan ‘trademark’ nama Harimau Menangis dengan secepat mungkin.

“Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami.

Ini daripada masalah produk tiruan,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Noor Kartini berkata, dia tiada niat untuk menutup pintu rezeki sesiapa.

“Saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT.

“Diharap dengan penjelasan ini isu ini selesai dan tidak berpanjangan,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial usahawan itu mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’.

Ini bagi produk keluarannya sudah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Dan beliau mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama berkenaan.

Dakwaan usahawan itu mendapat kecaman netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan.

Ia memandangkan sudah ramai menggunakan nama resepi masakan berasaskan daging ‘Harimau Menangis’ dalam produk mereka.

Pihak kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi ia tidak menyerupai pembungkusan produk pihak yang kami pasarkan.

Selain itu, pihak kami sentiasa mengamalkan polisi persaingan perniagaan yang sihat, menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, syarikat kepunyaan ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor turut memohon maaf.

Ini di atas kesilapan kata-kata yang digunakan dalam kandungan video yang tular di media sosial pada Selasa.

Pada Rabu, isu berhubung nama daging Harimau Menangis telah menjadi trending di Twitter susulan tularnya video berdurasi 37 saat.

Ia memaparkan Noor Kartini sedang memasak daging berkenaan selain memberitahu pihaknya sudah mendaftar untuk mempatenkan trademark Harimau Menangis.

Ekoran itu, rata-rata warga maya menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama daging Harimau Menangis dalam produk mereka.

Menerusi laman web MyIPO, paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu reka cipta sama ada ia adalah satu produk atau satu proses.

Ini untuk melakukan sesuatu yang baharu atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.

Selain itu, cap dagangan membawa maksud apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah MyIPO Datuk Mohd Roslan Mahayudin tampil menjelaskan permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’ masih di peringkat pemeriksaan.

“Jenama yang dimohon pemilik syarikat itu, Noor Kartini Noor Mohamed belum diluluskan MyIPO dan belum menjadi hak eksklusif beliau.

“Sehubungan itu, Noor Kartini diminta tidak mendahului keputusan MyIPO.

Ini dengan mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau,” katanya.

Mohd Roslan memaklumkan permohonan Noor Kartini bagi mendaftarkan jenama itu diterima MyIPO pada November tahun lalu.

HMetro



SUMBER : budaksitu.pw



Live Website Traffic


loading...