EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Elok Ke Tahan Bersin, Ini Yang Kamu Kena Tahu

0 month ago, 22-May-2020

Memandangkan sekarang musim Coronavirus, jadi setiap tingkah laku diperhatikan.

Cuba bayangkan anda berada di tempat awam seperti pusat membeli-belah, MRT atau sebagainya, tidak-tidak hidung gatal dan mahu bersin, mesti tak sanggup nak lepaskan dan tahan kan? Takut silap hari bulan, semua mata memandang membuatkan anda rasa canggung dan bersalah, walhal anda bukannya pembawa virus. Sedih tau. Tapi elok ke kalau kita tahan bersin?

Kenapa Bersin

Kita bersin disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada sebagai proses mempertahankan diri daripada alahan atau penyakit seperti virus atau bahan kimia. Terdapat juga sesetengah individu bersin apabila berada dipersekitaran seperti berhabuk, bau lada, debu mahupun asap.

Foto 1 Health ID

Bersin merupakan satu mekanisma badan untuk mengeluarkan bendasing atau objek dari rongga hidung. Objektif utama adalah untuk mencegah bahan atau bendasing ini memasuki bahagian paru-paru.

Menahan Bersin

Penulis pasti setiap daripada kita pernah melakukannya. Tapi sebenarnya tabiat menahan bersin sangat tidak baik.Ini kerana menahan diri daripada bersin berisiko menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius.

Tindakan anda menahan diri daripada bersin boleh menyebabkan udara terperangkap di dalam dada, mata mahupun otak. Keadaan ini sekali gus boleh mengakibatkan kecederaan kepada gegendang telinga, pembekuan darah dan rusuk patah.

Foto Sihat.net

Malahan, perbuatan anda itu juga boleh merosakkan kotak suara, mendatangkan kecederaan pada tulang leher serta menganggu saraf pada muka. Jadi elakkan!

Sila Tutup Mulut Dan Hidung

Bila bersin, sebaiknya kita menutup mulut dan hidung.Ini kerana ketika itu kita sedang mengeluarkan kuman keluar daripada badan. Selain melakukannya kerana adab, menutup hidung dan mulut juga dapat penyebaran kuman.

Malahan terdapat kajian yang dilakukan, mendapati jarak paling jauh sebiji partikel air bersin boleh pergi adalah 8 meter! Bayangkan berapa jauh kuman boleh tersebar dan berapa ramai individu boleh dijangkiti.

Foto CDC

Jadi, bila rasa nak bersin sila lepaskan. Kalau dekat tempat awam, cuba cari tempat berlindung sikit dan janganlah main sembur sahaja. Pandai-pandai ye nak hidup!

Selamat Beramal!

RUJUKAN :1,2


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...