EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Curi tabung masjid ketika Perintah Kawalan Pergerakan, penagih ditangkap askar & polis

0 month ago, 24-Mar-2020

Baru-baru ini tular beberapa foto memaparkan seorang lelaki telang ditangkap anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pihak polis, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan masih dijalankan.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan, berkata, sebenarnya polis dan pihak ATM berjaya menangkap seorang lelaki berusia 21 tahun yang dipercayai cuba meloloskan diri setelah melakukan jenayah.

Umum sedia maklum, sekarang ini semua rumah ibadat termasuk masjid, kuil dan tokong telah diarahkan tutup. Jadi, suspek mengambil kesempatan dengan mencuri tabung masjid.

Bagaimana pun, kegiatannya tertangkap ketika mencuri tabung masjid dan pecah tokong, dan suspek cuba melarikan sehingga menyebabkan pergelutan.

Kejadian berlaku di Melaka, selepas diperiksa beg suspek didapati dia sebenarnya seorang penagih, berikutan polis menemui peralatan untuk menghisap dadah.

Justeru, diharapakan para netizen jangan mudah membuat pelbagai andaian hanya kerana sekeping gambar. Syabas diucapakn buat ATM & pihak polis berjaya membanteras jenayah.

: Sinar Harian


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...