EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tabik usaha keras Jun Hoong

0 month ago, 28-Jun-2020

INDIVIDU paling gembira selepas melihat Cheong Jun Hoong kembali berlatih di kolam ialah jurulatihnya, Yang Zhuliang dan beliau tidak putus-putus memuji anak buahnya itu yang sentiasa tabah berdepan segala cabaran.

Umum mengetahui bahawa Jun Hoong mengalami kecederaan lutut teruk dan mengambil masa untuk sembuh selepas melakukan pembedahan.

Bagaimanapun selepas kembali sembuh, pandemik Covid-19 pula menjadi penghalang buat pemenang pingat emas 10 meter platform di Kejuaraan Dunia di Budapest, Hungary pada 2017.

Jun Hoong yang berlatih di China terpaksa pulang ke Malaysia namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula mengganggunya untuk menyambung latihan sehingga diberi kebenaran baru-baru ini.

"Perkembangan latihannya sangat bagus, dia semakin menyesuaikan diri selepas lama tidak berlatih. Dia sudah melalui hari yang sukar sebelum ini," kata Zhuliang ketika dihubungi Arena Metro.

Jurulatih kelahiran China itu berkata, hari demi hari Jun Hoong sentiasa menunjukkan peningkatan dan memberikan latihan berkualiti.

"Pada saya jika diukur dari segi peratus, dia sudah berada di tahap 90 peratus. Bagaimanapun, kami masih perlu sentiasa berhati-hati.

"Semuanya saling bekerjasam untuk membantunya kembali pada tahap sebenar daripada jurulatih, fisiologi dan tukang urut," kata Zhuliang.

Jun Hoong sebelum ini mempunyai satu lagi peluang untuk ke Olimpik dengan menyertai Piala Dunia di Jepun namun kejohanan yang sepatutnya diadakan pada April lalu dibatalkan akibat Covid-19.

"Apa pun saya sangat berpuas hati dengan persembahannya di dalam latihan sekarang. Kami juga sentiasa melakukan analisis melalui rakaman video, ia sangat penting," katanya.

Kecederaan penerjun berusia 30 tahun itu turut menyaksikan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu terlepas peluang untuk menyertai Sukan Asia Jakarta-Palembang dua tahun lalu.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...