www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


9 tabiat dan rutin harian yang akan membuatkan hidup anda menjadi lebih baik

0 month ago, 14-Jan-2019


Kadang-kadang, untuk mendapatkan perubahan positif dalam kehidupan dunia, kita harus melihat gaya hidupnya. Sepanjang hari, kita melakukan banyak perkara secara automatik. Jadi mengapa tidak mengubahnya menjadi tabiat yang bermanfaat? Ia tidak sukar atau membosankan.

Berikut adalah 9 tabiat yang akan membuatkan hidup anda menjadi lebih baik:

9. Mulakan hari anda dengan segelas air suam dengan lemon

Kredit: Hezuolik.com

Jadikan rutin setiap pagi dengan meminum air suam dengan lemon.Jus lemon mengandungi vitamin C, yang akan meningkatkan imuniti mikrobisida anda.Selain itu, keadaan kulit anda akan bertambah baik selepas beberapa lama anda mengamalkan rutin ini.

8. Manjakan kulit wajah anda dengan kiub ais chamomile

Kredit:depositphotos

Satu lagi rutin pagi yang berguna adalah dengan memanjakan kulit wajah anda dengan kiub ais yang dibuat daripada ramuan chamomile. Ia akan membantu mengurangkan kedutan di kulit wajah. Di samping itu, ia merangsang proses pertukaran kulit. Ia juga membuat wajah anda tidak kelihatan sembab pada waktu pagi dan wajah anda akan kelihatan segar.

7. Hindarkan diri daripada makan makanan ringan yang tidak sihat

Kredit:depositphotos

Makanan ringan adalah musuh kepada gaya hidup sihat. Untuk mengurangkan keinginan makan makanan yang tidak sihat, cuba gantikannya dengan snek versi sihat. Seperti buah-buahan, biskut bijirin penuh, atau yogurt.

6.Gunakan flos gigi

Kredit: New York Post

Keadaan gigi anda secara langsung bergantung kepada kesihatan badan anda. Para saintis juga berjaya membuktikan hubungan antara gigi dan penyakit kardiovaskular. Selain menggosok gigi, penggunaan flos gigi juga perlu dilakukan. Ia membantu membersihkan ruang di antara celah gigi anda yang sukar dijangkau oleh berus gigi.

5.Makan epal selepas setiap hidangan

Kredit: doctor-k.com

Adalah dinasihatkan untuk menggosok gigi selepas makan; walau bagaimanapun, ia pasti tidak mungkin untuk dilakukan. Namun, anda mempunyai pilihan lain iaitu makan epal selepas menjamu selera. Ini akan membersihkan makanan yang terkumpul di celah gigi anda, meningkatkan peredaran darah gusi anda, dan menormalkan keasidan di dalam mulut anda. Pilih sayur-sayuran segar dan buah-buahan, dan anda tidak akan mengalami periodontitis.

4.akkan sebotol air di atas meja anda

Kredit: Cashmere Agency

Kebanyakan orang tidak sedar bahawa mereka mengalami dehidrasi. Jika anda telah memutuskan untuk mempunyai gaya hidup yang sihat, perkara pertama dalam senarai anda adalah minum air kosong atau mineral mencukupi untuk badan anda. Teh, kopi, dan minuman berkarbonat tidak ada di senarai ini. Sentiasa membawa sebotol air kosong atau mineral dengan anda, dan jangan lupa untuk meletakkannya di atas meja anda di tempat kerja: ia akan mengingatkan anda untuk sentiasa minum air. Selain itu, anda juga boleh tetapkan peringatan pada telefon anda untuk minum air kosong setiap jam.

3. Makan kekacang

Kredit:depositphotos

Makan tidak kurang daripada 50 gram kekacang setiap hari - apa-apa kekacang yang anda suka. Kekacang mempunyai asid lemak dan omega-3, mereka menguatkan sistem kardiovaskular, rambut, dan kuku. Selain itu, kekacang mengandungi selenium, antioksidan, vitamin E, sterol tumbuhan (bahan yang menurunkan tahap kolesterol berbahaya), kalium, kalsium, besi, magnesium, dan zink. Pendek kata, mereka adalah gudang vitamin dan nutrien.

2. Pakai stoking semasa tidur

Kredit:depositphotos

Setelah mandi dan sebelum tidur, sapukan minyak kelapa bersama beberapa titis minyak pudina pada kaki anda. Urut kaki anda, dan kemudian memakai stoking sebelum tidur. Hasilnya, kaki anda akan menjadi lembut dan licin. Selepas sebulan anda akan perasan keberkesanannya.

#1. Membaca setiap hari

Kredit: WTOP.com

Membaca dapat meningkatkan ingatan anda, pemikiran logik, dan imaginasi. Telah dibuktikan bahawa bacaan biasa dapat melambatkan atau bahkan mengelakkan diri anda daripada menghidapi penyakit Alzheimer dan demensia. Untuk membiasakan diri dengan lebih cepat, letakkan buku di setiap sudut rumah anda: di bilik mandi, di dapur, di bawah katil. Juga, jangan lupa untuk meletakkan buku di dalam beg anda supaya anda dapat membacanya di manasahaja padabila-bila masa. Jika anda baru mula membiasakan tabiat membaca, baca selama 15 hingga 20 minit, dan kemudian tingkatkan tempoh tersebut sedikit demi sedikit.

: Brightside

9 tabiat dan rutin harian yang akan membuatkan hidup anda menjadi lebih baik Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts